iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Saturday, December 12, 2009

-Rasulullah s.a.w yang pertama

PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

sumber : harakahdaily.net

Saturday, October 31, 2009

-kunci pintu MB berkarat??


Salam coretan pena pada kali ini….saban tahun kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang terjadi di sekitar Bkan,DPM mahupun PMRAM sendiri.Ada yang telah pun menemui jalan penyelesaiannya,ada yang masih mencari-cari apakah cara terbaik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.Apa pun yang ditemui,pastikan jalan yang terbaik berada di titik noktahnya.Dalam kesibukan kita mencari penyelesaian yang dihadapi, terkadang kita terlupa untuk berhadapan dengan masalah yang dikira terpenting dalam diri mahasiswa/wi.Pernahkah kita terfikir tentang hati kita yang lesu dan malas untuk duduk bersama sahabat-sahabat yang lain dalam MUZAKARAH BERKELOMPOK?Pernahkah kita terfikir kita tidak layak digelar sebagai mahasiswa/wi zaman kini?Jawapan ada di tangan sahabat semua...

Kelesuan dan kemandoman kita untuk memberi komitmen dalam MB adalah sikap orang-orang yang jahil dan cetek dalam ilmu.Sedar tidak sedar inilah hakikat yang berlaku dalam diri kebanyakan mahasiswa/wi hari ini.Sepatutnya jika kita pemegang gelaran mahasiswa/wi yang belajar di gedung ilmu,masalah ini tidak akan timbul.Sekiranya dalam MB ada kekurangan yang perlu diperbaiki,kitalah yang selayaknya untuk menjadikan MB kita adalah yang paling best di peringkat BKAN mahupun DPM.Masalah yang timbul apabila ahli MB tidak mahu berbincang bersama fasilatator masing-masing tentang hal ini.Dengan tindakan yang kurang bijak terus memilh jalan untuk memboikot MB yang telah diberikan.Ini suatu tindakan yang merugikan diri kita malahan kepada Islam sendiri.

Sedari sahabat-sahabat...ruginya suatu perkara yang terjadi tersebut kadang-kadang disebabkan oleh tangan kita sendiri.Meletakkan ego dan perasaan di hadapan ilmu serta akal akan membuahkan hasil yang membahanakan.Kita sering mencari kesalahan orang lain tentang perkara ini,kononnya fasilatator dan kawan-kawan sekeliling yang bersalah tanpa memuhasabah tentang kesalahan diri sendiri.Pepatah pernah menyebut :1 JARI YANG MENUDING KEPADA ORANG LAIN AKAN ADA 4 JARI LAGI YANG MENUDING KE ARAHNYA.Pandai dan bijak berkata semata-mata tidak berguna tanpa ada sumbangan dalam gerak kerja dan tindakan.Sahabat-sahabat yang budiman….lari dan meninggalkan MB yang telah dirangka agendanya setiap minggu tersebut akan menjadikan diri kita kosong dan kontang dengan ilmu bersama para masyarakat.

Sikap manusia yang suka dengan perkara-perkara yang lebih menyeronokkan di luar sana adalah menjadi adat hari ini.Yang menyedihkan lagi,apabila dirangka pertemuan setiap hari Jumaat,ada saja alasan-alasan yang berjaya dicipta untuk mengaburi mata sahabat-sahabat yang lain.Ada yang nak baca kitab lah,ada yang nak pergi telefon orang di Malaysia lah,ada yang nak hantar ahli bait pulang ke Malaysia lah,pendek kata setiap minggu ada saja alasan-alasan yang menarik dan kreatif dihidangkan.Kalau alasan tersebut benar-benar berlaku tidak mengapa tetapi masalahnya ialah ia sengaja direka dan dicipta seolah-olah menerbitkan karya yang beredisi.Cuba duduk semeja dengan fasilatator yang ditaklifkan untuk MB kita, berbincang tentang masalah bersama umpama perbincangan anak beranak di rumah masing-masing.Dari situ akan wujudnya persefahaman yang terbaik di kalangan ahli MB.Sebagai contoh,jika hari Jumaat tidak dapat membuat pertemuan disebabkan maslah yang tidak dapat dielakkan,rancang masa dan ketika yang sesuai untuk membuat pertemuan lain untuk menjalankan MB kita.

Syabas dan alfun mabruk diucapkan kepada diri yang berjaya meletakkan jasad dan hatinya ke dalam MB pada setiap minggu dengan penuh keikhlasan hati.Moga pengorbanan yang dilaburkan akan menjadikan kita insan yang terpilih serta mendapat pujian dan limpahan rahmat dari Allah swt.Allah merakamkan dalam al-quran yang bermaksud: Kemudian hatimu menjadi keras sehingga (hatimu) seperti batu,bahkan lebih keras-Al Baqarah(74).

Hati manusia yang dahagakan peringatan dan nasihat dari orang lain akan memastikan dirinya berada di tempat yang sepatutnya.Bahkan sebagai manusia yang berfikiran waras serta terbuka akan membuka kunci pintu hatinya untuk sama-sama hadir ke dalam MB dan mengambil sebanyak mungkin daripada pertemuan tersebut.Pergolakan yang berlaku pada era dahulu dan kini adalah berkaratnya kunci pintu hati-hati sebilangan manusia untuk mahu bersama dalam MB yang dijalankan. Bayangkan sejenak….kita sebagai tuan rumah yang merancang pelbagai agenda untuk satu majlis perkahwinan tetapi para tetamu tidak sudi hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Apakah reaksi dan perasaan kita selaku tuan rumah tersebut?Hanya orang yang kurang waras akan mengatakan tak kisah dan tidak ada perasaan marah dan sedih .
Umar Abdul Aziz pernah menyebut di dalam kalamnya yang berbunyi:
Barangsiapa yang hari ini tidak berbeza dengan hari semalam,maka dia adalah orang yang tertipu dan barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia adalah manusia yang terkutuk

Persoalan yang ingin dilontarkan kepada sekelian diri pembaca….sampai bilakah kunci pintu MB kita akan berkarat?Bilakah dan bagaimana kita mahu membuka pintu hati kita untuk mengimarahkan MB yang telah lama kesepian suara kita?Menurutkan kemalasan,keegoaan,kemarahan dan pasifnya diri kita untuk MB tiada penghujungnya.Itu semua akan menjadikan kita umpama katak di dalam gelas.Mengerti dan melihat peri pentingnya MB kepada diri kita tetapi hanya berdiam diri di takuk yang lama.Pepatah Melayu sering diukirkan di bibir sahabat-sahabat..

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna….Apabila pulang ke tanah air ketika itu kita akan tahu betapa ruginya kita tidak berjaya mengutip ilmu bermasyarakat melalui MB.Ingatan pada diri kita...apabila kita ditakdirkan Allah swt suatu hari nanti, membawa orang lain untuk dipimpin seperti seorang guru memimpin tangan anak muridnya atau ayah memimpin tangan anaknya dan suami memimpin tangan isterinya...ketika itu mereka memalingkan tangan dan membodohkan kita,saat itu kita akan teringat, kita pernah melakukan sebegitu rupa kepada orang lain pada dulunya….Itu adalah janji Allah yang pasti kerana setiap perkara yang dilakukan ada balasannya.Cabar diri kita supaya tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama dilakukan.Kesilapan kita yang lalu untuk tidak hadir ke dalam MB biarkan dengan noktah akhirnya tetapi mulakan pembaharuan dalam diri dengan MEMBUKA PINTU KUNCI MB dengan kehadiran kita bersama sahabat-sahabat yang lain.Dari situ kebersamaan kita dalam mendepani pelbagai masalah akan menemui jalan penyelesaiannya secara mudah dan terancang.Akhirnya kita akan lihat bahawa kunci pintu MB yang berkarat akan bersinar kembali….

Renungkan sebuah kata-kata ini….

ENGKAU TELAH DIBERI ILMU,MAKA JANGAN ENGKAU KOTORI ILMUMU DENGAN KEGELAPAN DOSA-DOSA HINGGA ENGKAU TETAP DALAM KEGELAPAN DI SAAT PARA AHLI ILMU DITERANGI OLEH ILMU MEREKA ….(imam Syafie)

-kutub sittah


Lamanya tak update blog.Maklumlah takde pc@laptop peribdi.Selalu ke cyber cafe (cc) pon jenguk2 blog orang sampi tak sempat nak update blog sendiri.(selalu pergi cc sebab nk call fmily jer..:p )alhamdulillah hari ini ada kesempatan untuk menekan butir2 huruf pada keyboard ni.

Teringat cerita kutub sittah.Saya adalah diantara pelajar yang ditolak pendaftaran untuk menyertai majlis pembacaan kutub sittah pada awalnya kerana terlewat mendaftar.Namun bernasib baik kerana ada ahli yang menarik diri pada saat2 akhir.Alhamdulillah dapat bersama2 para masyayeikh yang sangat2 dikagumi keilmuan mereka.

Terasa beruntung dan bersyukur sangat dapat berada dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap malaikat.Hanya sedikit terkilan bercampur sedih kerana majlis tidak dapat dibuat ditempat yang telah dirancang sebelum ini walaupun untuk majlis penutup dek kerana ada halangan2 yang tidak dapat diatasi dari awal.

Kagum dengan para masyayeikh ni.Rasa malu pun ada.Sanggup datang dari jauh semata2 mencurah ilmu.Ada yang sangggup tinggalkan kerja kerana nak bersama dengan penuntut ilmu.Keikhlasan yang ditunjukkan para masyayeikh pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa sanubari para penuntut yang dahagakan ilmu dari ulama.

Walaupun banyak halangan yang ditempuhi pihak penganjur,namun ianya banyak mengajar erti pengorbanan dalam perjuangan.Saya bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini akan tetapi turut terkesan dengan pahit maung yang menimpa pihak pengajur atas dasar ukhwah islamiah yang dilaungkan PMRAM.

Moga2 segala ujian yang dihadapi dalam memperjuangkan agama Allah akan terus mematangkan jiwa2 kita selaku pendokong Islam yang akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Ya Allah..Tetapkanlah hatiku..Moga aku tergolong dalam golongan yang menyintai ulama'..

Monday, September 21, 2009

-ramadhan kian jauh

1. Ramadhan baru berakhir.Macam baru semalam bermula.Tak sempat aku perbanyakkan amal.Ya Rabb, kuatkan aku di bulan-bulan mendatang.

2. Rindunya aku pada ramadhan.Bulan yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan dugaan. Aku akui tak mampui hayati Ramadhan dengan sebaiknya. Moga aku terdidik dengan madrasah ramadhan kali ini.

3. Masih adakah Ramadhan untuk aku?Syawal yang menjelma begitu btul2 menguji aku.Aku betul2 terkesan dengan Ramadhan. Ramadhan berlalu dan aku tak sempat layani dengan sepenuh hati. Lalainya aku.

4. Allahumma..ampunkan dosa-dosaku..terimalah segala amalanku..bantulah aku di jalanan hidupku..

amin ya rabb..

Monday, June 15, 2009

-bubar..bubar..bubar dun perak..!!!

1) Parlimen kecoh lagi.Ir Nizar menjerit dalam parlimen sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Bkt Gantang pada mesyuarat ke-2 penggal ke-2 parlimen ke-12 hari ini.

2) Semacam keterlaluan atas apa yang beliau lakukan tetapi itu bukan isu utama. Mesej yang hendak disampaikan beliau yang lebih patut kita teliti. Jangan terpengaruh dengan media yang sengaja nak menjahanamkan PR.

3) Berbalik kepada apa yang telah dilakukan BN pada sidang dun Perak yang lalu, jauh lebih memalukan. Seumpama menggadai maruah sendiri. Hilang terus jatidiri. Ketuanan Melayu yang diperjuangkn UMNO bee-end langsung tiada erti. Hitam sungguh mereka punya hati.

4) Ir Nizar akan sentiasa kita sokong. Jeritan Ir Nizar semacam dah menggoncang negara. Suara Ir Nizar adalah suara rakyat. Kita mahukan supaya kebenaran dan keadilan terus tertegak di bumi Malaysia. Fahamilah suara rakyat. Rakyat tidak mahu terus menderita di bawah pemerintahan kuku besi. Rakyat sudah muak dengan mainan politik mereka.

5) Kepada yang membenci PR, saya bercakap bukan atas dasar saya penyokong PR tetapi atas dasar apa yang diperjuangkan PR yang langsung tak sama dengan apa yang diperjuangkan kalian. Memang bubar dun adalah kuasa sultan, tetapi siapalah sultan jika tanpa rakyat.

6) Buat pejuang PR, jangan lunturkan semangat kalian. Perjalanan kita masih panjang. Kita masih punya masa. Bersamalah terus membantu pipmpinan untuk menguasai Malaysia dalam PRU13. Insya allah.

p/s : Takbir...!!! ALLAHU AKBAR...!!!

Sunday, June 14, 2009

-selamat hari ayah

ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah
aku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapat kubayangkan hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat di hati..

Saturday, June 13, 2009

-mualif maza ya'ni intiami lil Islam

Innalillahi Wa inna ilaihi raji'un..al-fatihah..

Pemergian seorang mujahid agung yang banyak sumbangan dalam dunia Islam, Syeikh Fathi Yakan sukar dicari ganti. Moga Allah menempatkan beliau besertaa para awliya', syuhada' dan para solihin bersama rasul junjungan mulia sayyidil mursalin sallallahu alaihi wasallam.

Seorang pendakwah Islam, ketua Jabhah Amal Islami menghembuskan nafas terakhir ketika mencapai umur 76 tahun. Menulis pelbagai kitab yang masyhur antaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan sebagainya melebihi 35 buah kitab.

Perjuangan Islam itu berterusan hingga Qiamat. Pejuang-pejuang agama Allah akan sentiasa lahir disetiap kematian para syuhada'. Tempat para syuhada telah dijanjikan Allah. Pasti gembira mereka bersama para bidadari yang siap menanti. Tempat kita dimana..?

Ramai ulama' dan para mujahid gugur disaat maruah Islam dirobek. Berakhirnya kehidupan mereka bukan menandakan tamatnya perjuangan Islam, bahkan sebagai titik permulaan untuk kita pula yang terus menyambung perjuangan mereka.

Dunia menyaksikan kerakusan musuh-musuh Allah meratah maruah agama Allah, tiada yang berani menentang hingga ada yang sanggup menggadai agama sendiri untuk bersama musuh demi menjaga 'poket sendiri'. Keinginan untuk hidup lebih lama dimuka bumi dan menikmati kemewahan hidup mengatasi kerinduan syahid di jalan Allah.

Di Malaysia khususnya, siapa pengganti Hassan al-Banna..?di mana pengganti Abdullah Azzam..?mana klon Osama..? ramai yang mendabik dada konon mencontohi perjuangan mereka tanpa sedar sudah lari dari manhaj sebenar.

Perjuangan ulama' dipertikai. Kata-kata ulama yang konon mengaku ulama' diambil untuk menyesuaikan dengan kehendak hawa nafsu. Ulama' yang ada plak membisu seribu bahasa. Tahu hukum, tapi tak tahu nak guna. Baik tak payah belajar.

Kematian para ulama', sebagai semboyan kepada kita selaku pencinta ilmu untuk terus meneroka dan menggali ilmu. Allah mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama'. Ulama' semakin berkurang, penyangak semakin berleluasa. Tanpa ulama', dunia pasti kacau bilau kerana dikuasai penguasa yang jahil.

Tuntulah ilmu selagi hayat ada.

Thursday, June 11, 2009

-Islam Memimpin Perubahan

Muktamar tahunan telah pun berlalu namun masih menjadi bualan hangat hingga kini dan alhamdulillah, PAS juga baru sahaja membentuk saf kepimpinan yang baru bagi sessi ini. Pasti banyak perkara yang digariskan berkaitan peripentingnya persediaan para pendokong sebagai asas bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Garis-garis kasar haluan perjuangan yang telah dibuat seharusnya diterjemahkan dalam pembudayaan gerak kerja di semua peringkat agar visi, misi dan objektif serta manifesto bertindak dapat direalisasikan dan mencapai matlamat yang diharapkan. Ikrar dan iltizam setiap pendokong untuk membantu PAS Pusat bagi menawan Malaysia dalam PRU akan datang adalah cabaran terdekat kita untuk bersama menyokongnya. Tema 'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN' memerlukan komitmen dari semua pihak untuk jadikannya satu kenyatan.

Berbekalkan aqidah yang mantap, keberanian yang tegar, strategi yang bijaksana, organisasi yang teguh dan gerak kerja yang mantap, insya allah kemenangan kan datang bertandang, lonjakan semanagat jihad yang bersemarak dan kemenangan ISLAM akan terserlah. PAS akan terus berupaya memacu perubahan, menggerak massa, dan mencetus gagasan baru serta segar dalam bahtera perjuanagan ini.


apa strategi PAS ..??


- Apa maksud strategi? - penilaian sejauh mana kita dapat meniliti dan menghayati isi kandungan ucapan tema dan sejauh mana kita dapat menyedut beberapa perkara dasar yang diungkapkan.
- Janganlah ada diantara kita yang menganggap ucapan itu hanyalah suatu ceramah politik yang ditujukan kepada amno be-end sahaja atau sekadar memenuhi agenda muktamar semata-mata.
- Sesungguhnya apa yang digariskan pemimpin no 1 perjuangan ISLAM, dalam ucapan tema yang lepas seperti juga teks ucapan yang sebelum-sebelumnya mengandungi mesej-mesej utama yang sepatutnya mendasari setiap gerakan dan tindakan kita.


Allahu akbar..!! Allahu akbar..!! Allahu akbar..!!


p/s : sedang mengkaji dan mencari strategi PAS yang digariskan dalam muktamar baru-baru ni..harap dapat dikongsi bersama..

Friday, May 29, 2009

-subjek SPM terhad..??

1) Pelajar yang akan menduduki SPM hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksima mulai tahun hadapan. Ini adalah kerana hanya pelajar aliran agama sahaja yang kebanyakannya mampu untuk lebih dari itu. Demikianlah seperti yang ditetapkan kerajaan yang dimenterikan Muhyidin Yasin.

2) Pimpinan kerajaan mendatang hanya diperlukan dari kalangan cerdik pandai akademik dan profesional sahaja kerana kebanyakan golongan agamawan hanya tahu menentang kerajaan. Pendekatan sebegini perlu disegerakan bagi mengelak kecelaruan pentadbiran seperti yang berlaku dalam PAS.(adehh...)

3) Telah berlaku pergolakan dalam PAS apabila timbul pertikaian kredibiliti antara kepimpinan ulama dan profesional seperti yang digembar-gemburkan pihak kerajaan dan lidah rasmi mereka tanpa mereka ketahui ulama adalah teras perjuangan PAS, profesional merupakan tiang seri manakala aktivis sebagai paksi dalam perjuangan PAS. PAS Akan tumbang jika salah satunya patah.(tak boleh lagi membezakan kepentingan masing2..kesemuanya berperanan dalam memperjuangkan dasar jemaah..)

4) Berbalik pada tajuk,kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menaja biasiswa pendidikan kepada pelajar yang cemerlang. Tetapi berapa ramai pelajar yang dapat 20 A dalam SPM?Andai dalam angka yang banyak sekalipun,itu salah satu cara kerajaan melabur dalam sektor pendidikan sekaligus dapat melahirkan bakal pimpinan yang cemerlang di setiap bidang. Persoalan biasiswa dan sebagainya sangat tidak boleh dijadikan alasan.

5) Ditakuti ada unsur-unsur berbaur politik kerana kebanyakan pelajar aliran agama adalah terdiri dari anak-anak ahli PAS.Banyak sudah kes sebelum ini yang melibatkan PAS misalnya penarikanbalik perkapita SAR , pengambilalihan kuasa SAR oleh pihak kerajaan dan sebagainya. SAR dianggap markaz kedua bagi PAS.

6) Fikirkan balik implikasi positif dan negatif disebalik ketetapan yang dah dibuat. Kerajaan tak rugi apa jika ada pelajar yang ambil lebih 20 subjek sekalipun.Mungkin pihak kerajaan ada rancangan lain.Sekadar pendapat.Wallahu a'lam.

P/s : hanya ambil 12 subjek time SPM 2003.Tak jadi ambil lebih sebab tak cukup duit..

Saturday, May 23, 2009

-barai's team..??


1 Malaysia..rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan...

Sedikit cerita kejayaan yang berjaya dicapai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang kucintai..mungkin salah satu bentuk kebebasan yang diinginkan sebilangan kelompok yang tak paham hukum hakam agama..hidup hanya berlandaskan hawa nafsu..salah siapa sampai jadi begini..?mungkin disana ada beberapa perkara yang perlu kita fikirkan untuk tangani isu sebegini..layanz.......

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.

cerita asal

p/s : boleh jer ilangkan tatu tu..guna seterika..!!

Sunday, May 17, 2009

-warkah 16 mei

Selawat dan salam buat junjungan besar guru teragung, Rasulullah saw pemimpin dan tauladan terbaik buat seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Pendidik berjiwa besar yang diutuskan tuhan bagi memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah swt.

Salam dedikasi buat yahanda dan bonda tercinta, guru terbaik yang telah mendidikku sedari kecil hingga aku mengenal apa erti susah payah ibu mengandung serta ayahanda yang tidak pernah kenal erti peluh sepanjang kedewasaanku.

Salam sayang buat guru-guru yang telah mendidikku semenjak di awal persekolahanku sehingga aku disini bersama pipmpinan ulama yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu sehingga aku mengenal siapa diriku dan tujuan penghidupanku. kalian ibarat matahari yang sanggup membakar diri demi menyinari penduduk alam.

Guru-guru merupakan pendidik yang mewarisi amanah dari Rasulullah saw yang mesti dihormati oleh golongan penuntut ilmu. Penuntut ilmu juga merupakan amanah dari Rasulullah saw kepada guru untuk memberi didikan terbaik kepada mereka.

Para penuntut ilmu itu merupakan titipan atau amanah Rasulullah saw disisi seorang guru. Mereka itu datang dari seluruh pelusuk daerah untuk menyerah diri dihadapan seorang guru. Mereka siap menerima apa yang akan disampaikan oleh seorang guru. Mereka umpama kertas putih dan bersedia menerima apa yang akan dituliskan oleh seorang guru.

Mafhum hadith riwayat Tirmizi dan Ibn Majah :

daripada Abu Harun Al-Abdi (r) berkata ; kami sering datang menemui Abu Said Al Khudri (r), lalu beliau berkata : selamat datang dengan wasiat/titipan Rasulullah saw, kerana sesungguhnya baginda Rasulullah saw bersabda bagi kami ; sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya mereka akan datang menemui kamu dari seluruh penjuru dunia. Mereka datang untuk menuntut ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang maka wasiatku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik.

Maka tanggungjawab guru lah untuk mengisi dada mereka dengan ilmu yang benar, ilmu yang bermanfaat, ilmu-ilmu yang diwarisi dari para ulama silam turun temurun sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Maka jangan sampai seorang guru itu mengajarkan kepada mereka ilmu yang bertentangan dengan syariat Islam, berlainan dari ilmu yang mereka warisi dari ulama terdahulu sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Dan jangan sampai ulama itu membina anak muridnya untuk memenuhi keperluan peribadinya atau untuk tujuan yang bukan menuntut keredhaan Allah swt.

Disinilah letaknya ujian kepada seorang guru. Maka apabila ia sentiasa ingat bahawa muridnya itu amanah Rasulullah saw yang ada disisinya maka ia mesti berhati-hati dalam mendidik mereka, supaya mereka benar-benar akan jadi ulama pewaris nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah swt dan untuk mencapai keredhaanNya.

p/s : tuntutlah ilmu walau ke negeri China.

Monday, May 11, 2009

-alhamdulillah..

Maha suci tuhan yg maha bijaksana mengatur perjalanan hidup setiap hambaNYA.

Kemenangan pakatan rakyat di Perak menzahirkan keangkuhan be-end dan amno yang makin terserlah di mata rakyat.

Mereka merancang dan ALLAH jua merancang tetapi rancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.

Jangan gopoh menikmati kemenangan kecil yang hanya seketika cuma. Bersabarlah dan teruskan berjuang.

Perjalanan semakin hampir.Ada kemenangan besar menanti dipenghujungnya.

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..WALILLA HILHAMD..

Saturday, May 9, 2009

-berat mata memandang

Isu rampasan kuasa di perak menimbulkan seribu satu kekesalan dan kekecewaan dikalangan rakyat Malaysia terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. Sememangnya segala gerak kerja jahat itu sudah lama dirangka bagi 'menjahanamkan' pimpinan pakatan rakyat. Kelihatan lebih menjadi-jadi semenjak kekalahan di Permatang Pauh dan badi kekalahan tersebut mengundang kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai. Juga semakin menggila semenjak pertukaran pucuk pmpinan kuku besi dari parti yang sama.

Penangkapan beberapa pimpinan PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menggugat semangat para pendokong khasnya dan penyokong amnya dalam perjuangan menegakkan keBENARan. Kecundang di Perak bukan suatu kekalahan bahkan merupakan titik permulaan untuk kita kembali menjana roh semangat jihad memperjuangkan keADILan. Juga merupakan sebahagian ujian kecil yang ALLAH turunkan buat menguji sejauh mana keiklasan kita untuk membela ISLAM yang tercinta.

Perjuangan menegakkan ISLAM memerlukan pengorbanan yang penuh dari semua pihak. Tidak tertumpu kepada yang hanya berada di tanah air tetapi amanah ini turut terpikul kepada semua tidak kira rakyat Malaysia yang berada di benua mana sekalipun. Pengorbanan para pendokong dan penyokong amat diperlukan kerana ia perlu dilakukan secara amal jamai'e. Sesuai dengan seruan pimpinan PMRAM (Mesir) iaitu SATU FIKRAH SATU AMAL yang mengharapkan kita dapat bersatu dibawah satu landasan yang jelas dasar kefahamannya.

Bersatulah wahai saudaraku..dengan semangat dan roh kebenaran..hancurkan segala apa yang menimbulkan perpecahan. Sesungguhnya Allah akan pertahankan orang-orang yang beriman dari kezaliman kerana Allah tidak suka kepada pengkhianat Allah dan RasulNya dan khianat terhadap amanah sesama manusia. Mereka menganiaya golongan yang lemah dengan kuasa yang ada pada mereka dengan pebagai bentuk penindasan dan kekejaman. Bersabarlah untuk mempertahankan diri dan agama Allah, pasti turun izin Allah untuk menentang kezaliman.

Sebagai salah seorang penuntut ilmu Allah di bumi anbiya', seruan untuk diriku jua para teman, kita perlu bersabar dengan segala ujian yang berlaku. Memang berat mata kita memandang tetapi berat lagi bahu mereka yang memikul amanah dan ditimpa ujian. Teruskan mendalami ilmu, persiapkan diri dengan segala bekal kerana kita kan mewarisi tempat mereka. Anggaplah ia sebagai tetamu yang pasti tandang mengundang, suatu medan yang akan kita tempuhi bagi meneruskan kesinambungan perjuangan warisan baginda Rasulullah S.A.W

Wednesday, May 6, 2009

-kata mereka

-Pelbagai spekulasi timbul mengenai senario politik tanah air khususnya di Perak.. Di samping mengadap kitab mempersiapkan diri menghadapi imtihan yang bakal tiba, jangan kita lupa pada mereka yang sedang berjuang mempertahankan kebenaran dan keadilan..Bukan sekarang tugas kita untuk menggantikan pejuang kebenaran di tanah air bahkan sekarang merupakan masa untuk kita mempersiapkan bekalan untuk terjun ke dalam masyarakat apabila pulang kelak..

-dunia politik amat mencabar..hanya akal yang waras dapat berfikir dengan bijak cara menghadapinya..susah dan payah jika berbicara politik..tetapi ia perlu kerana berkaitan dengan sensitiviti..lebih-lebih lagi soal perjuangan menegakkan keBENARan dan keADILan..apatah lagi perjuangan menobatkan ISLAM sebagai perundangan utama yang lebih aula diperjuangkan..

-sedikit coretan mengenai politik tanah air..

+%$*@ TAIPINGMALI *&^%$#@
Siapa dalang yang membawa kepada kegilaan penyokong Pas untuk menunjukkan sifat berani berjuang dan sanggup mati kerana mempertahankan pemimpin mereka. Jawapannya ialah Nik Aziz. Nik Aziz telah berjaya menghasut pengikut Pas supaya berjihad menentang kerajaan yang ada dan menjanjikan syurga kepada mereka melalui jihad dan mati syahid.

*&^%$ ABANGTUAH &^*(%)

KUALA LUMPUR 6 Mei - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Jalan Pahang di sini, bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu majlis solat hajat anjuran parti itu di Manjoi, Ipoh, esok.

*&^%$ PERAKBANGKIT &^*(%
Maka tibalah masanya untuk pihak berkuasa berkerja dengan lebih tersusun dan rapi. Maka sesiapa yang datang ke Perak bertujuan untuk bikin huru-hara wajarlah ditangkap. Rakyat Perak menolak para penghasut tersebut.

Kepada orang luar Perak... Sila balik dan berambus!!! Jangan cuba nak hina dan derhaka kepada Sultan kami. Berambus sekarang!!!!! Atau... kamu semua akan ditangkap pihak berkuasa!!!!


*&^%$ PEJUANGBANGSA &*^(%$
Ini lah wajah pemimpin mereka yang sanggup melaga-lagakan bangsanya sendiri dan suka berlaku huru hara dalam negara. Tangkap kepala geng mereka ini merupakan langkah yang tepat dan bijak sebelum ketua mereka ni turun pada esok harinya .Tindakan agresif dan pantas oleh polis dilihat perlu bagi mengekang sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam berhubung keputusan Kerajaan Negeri Perak baru yang bakal melangsungkan Persidangan DUN pertamanya esok.
Aku ingat tujuan mat sabu buat semua ini merupakan ada agenda untuk beliau menonjolkan diri sebagai hero PAS di mata ahli PAS supaya memilihnya sebagai calon Timbalan Presiden PAS.


*&^%$ PARPUKARI *&^_$
Dr Zamry mewakili suara 29 ahli dewan yang mewakili suara umat islam, 2 bukan islam, berbanding pihak nizar yang mewakili 7 ahli dewan umat islam, 21 bukan islam, jika kita mengaku diri kita umat islam adalah wajib dan tangungjawap kita menyokong dan mendoakan kerajaan pimpinan Dr Zamry terus menerajui negeri perak.

Marilah kita melakukan solat hajat, berdoa kepada allah swt, kerana ini adalah tugas kita bersama, jika di runtuhkan kerajaan ini, maknanya runtuh lah kerajaan islam Perak.


p/s : ada dikalangan kalian yang nak menjawab? hmm..jawablah dengan hati yang BERSIH..(aku tak jawab sebab malas nak layan..)korang jawablah..

Sunday, May 3, 2009

-istiqamah perjuangan

* hidup ibarat roda.Terkadang diatas, terkadang dibawah. Perlu diteruskan demi menyampai risalah dakwah mengikut rencana tuhan.

* didunia merupakan medan perjuangan untuk merebut kemenangan hakiki. Rebah bangun meniti ujian adalah lumrah. Semangat perlu tekad hampiri kejayaan.

* kalah menang didunia bukan ukuran. Andai berjuang kerana Allah, sudah termaktub kemenangan sebenar seperti yang dijanjikan.

* liku perjuangan sangat panjang.Rancang strategi, nilai iman dalam diri. Kita ada kerja yang lebih banyak berbanding masa. Kejayaan masih sempat ditempa.

* sesekali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang kearah cita-cita itu. Jangan sesekali mengaku kalah dengannya.

Bermohonlah, moga Dia akan kabulkan

mr-wan : cari mood study..!

Saturday, May 2, 2009

-mana kenderaanku??

Teringat antara kalam awal yang dinukilkan oleh seorang murabbi yang tidak asing dalam dunia perjuangan islam khususnya di Malaysia kini.Beliau dibesarkan dengan bimbingan seorang ulama besar.Beliau patut dijadikan idola remaja hari ini.
Kalam yang dimaksudkan adalah yang berkaitan dengan etika seorg pejuang Islam yang sebenar.

Antara tuntutannya adalah:


-anda dilihat sebagai penyatu umat,bukan penyatu kumpulan apatah lagi pemecah belah.

Manusia dilahirkan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah.Tangan-tangan manusia yang akan mencorakkan aman atau merananya hidupan di muka bumi ini.

-maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

Kenapa?

Hanya dijalan Allah,umat dapat bersatu..
Hanya dijalan Allah, kita dapat mengenal hakikat diri..
Hanya dijalan Allah, ada Allah untuk memberitahu dan memberi petunjuk..
Hanya dijalan Allah, adalah kehendak Allah..

Anda tidak layak jadi pejuang Pas (atau apa-apa kumpulan) sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.

Islam adalah jalan. Maka yang mana satukah kenderaannya?Hanya satu kenderaan yang dibenarkan dijalan ini iaitu yang dipandu oleh khalifah yang dibai'ah..

-Ertinya, pastikan jalan dahulu, sebelum naik kenderaan.

Lihat dunia hari ini, makin banyak kenderaan yang nak berlumba dijalan ini. Mustahil,kerana hanya satu kenderaan yang dibenarkan lalu. Kenderaan besar belum datang,yang mana kita nak naik buat masa ini?

Jika salah naik..

*kita akan gembira ketika umat tidak gembira..
*kita akan langgar kenderaan lain kerana menyangka itu jalan kita yang punya..
*kita akan dibenci kerana sifat kikir itu, kita pula membalas dengan turut membenci..

-maka, bukalah pintu diri..
-jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam..

mr-wan : aku ingat..aku faham..aku kaji..aku smpaikan..

Monday, April 20, 2009

-salam inspirasi

-mari menari..???

Tarian yang telah diadakan pada malam penutup festival asian baru-baru ini telah menjadi suatu isu besar yang heboh diperkatakan di sana sini. Pelbagai mulut mempersoalkan kewajaran tarian tersebut. Program sebegini pasti melibatkan pihak atau badan -badan kerajaan mahupun NGO yang mana disana sudah tentu ada perbezaan ketara antara pro dan kontra yang turut melibatkan fahaman politik masing-masing.

Lantaran isu tersebut timbul pertikaian dikalangan mahasiswa khususnya mahasiswa al-azhar sendiri Ada yang sanggup mempertikai hukum yang telah dikeluarkan berkaitan tarian tersebut. Secara jelas para penari menari dihadapan penonton yang asyik menyaksikan persembahan, sudah pasti tiada unsur-unsur yang membawa penonton kepada mengingati ALLAH s.w.t. (Mungkin jua ada yang berzikir tanpa menghiraukan persembahan yang dihidangkan tersebut hingga selesai)- boleh percaya ke..??

Terbaca suatu komentar yang dikeluarkan oleh mantan presiden PMRAM, beliau kemudiannya telah diminta untuk kemukakan bukti-bukti dan dalil secara lengkap serta menyatakan unsur-unsur yang menafikan keharusannya. Jika cukup segala bukti dan dalil yang dinyatakan,maka ianya akan diterima pakai dan begitulah sebaliknya.
(dangkalnya budak nih...!! )

Sepertinya kelihatan seorang yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah. Adakah beliau sudah lengkap dengan dalil-dalil yang jelas tentang persoalan aqidah beliau? Adakah sudah betul-betul terpatri imannya andai ditanya tentang TUHAN? Bagaimana dengan solatnya? Adakah segala rukun solat beliau telah sempurna dan bertepatan dengan kehendak ALLAH s.w.t yang mewajibkan solat ke atas kita semua? Adakah dalil-dalil tentang qiam,rukuk,sujud dan rukun-rukun solat yang lain sudah jelas pada beliau? Jika ya, maka perdalami dan hayatilah akan hakikat kewajipan tersebut dan jika sebaliknya, dahuluilah mana yang lebih utama. Itu lebih baik.

Mafhum firman ALLAH s.w.t :

" Janganlah kamu mencampur adukkan perkara kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu menyembunyikan kebenaran itu sedangkan kamu mengetahuinya.." al-baqarah : 42

" Sesunguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu beberapa ayat (tanda) yang jelas dan tiadalah yang menyangkalnya melainkan orang-orang yang fasiq.." al-baqarah : 99

Pelbagai ragam mahasiswa yang dapat dilihat berdasarkan senario yang berlaku. Ada yang sanggup mempertikaikan hukum yang telah jelas pensabitannya apatah lagi ianya dikeluarkan oelah seorang yang tinggi pengetahuannya dalam ilmu usul fiqh. Pertikaian terhadap seseorang yang diakui akan kewibawaannya dalam bidang ilmu sudah menjadi suatu 'trend' bagi sesetengah golongan bijak pandai masa kini.

Teringat suatu ketika di awal permusafiran bumi anbiya' ini, seorang kanak-kanak berbangsa arab yang berumur lingkungan 10-12 tahun dan sudah menghafaz Al-Quran mempertikaikan kewibawaan seorang mufti di negaranya sendiri. Dr Ali Jum'ah yang dikagumi kelimuan beliau dikatakan bahawa kebanyakan fatwa yang dikeluarkannya adalah salah dan tidak bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah.

Nah, siap yang berani berbicara sedemikian?? Si budak kecil pun sudah berani mempertikaikan ulama besar. Mungkin kerana merasakan diri sudah dilengkapi dengan ilmu. Maka beringatlah wahai yang bernama penuntut ilmu, ikutlah resmi padi yang semkain tunduk apabila berisi. Bagi yang punya kemantapan ilmu, jangan teralu cepat melenting dan melatah. Selesaikan sesutu perkara itu dengan penuh bijaksana.

mr-wan : ilmu belum cukup lagi...

Saturday, April 18, 2009

-lama sudah teruji..

Sekian lama tidak menulis.Tiada apa kaitan pada tajuk.Sekadar merasakan diri kita yang sering diuji.Ujian yang berat.Tetapi bukan alasan lama tidak menulis.Bahkan kerana kekeringan idea.Sudah kekeringan ditimpa malas.Malas..malas..malas..ish..

Bukan malas dalam erti kata yang sebenar.Malas nak melayan karenah orang kita sekarang.Banyak isu-isu dan perkara pelik yang berlaku terpampang dihadapan kita. Sesuai dengan keadaan umat diakhir zaman.

Setelah lama malas,maka terasalah diri seolah terpanggil menjawab segala permasalahan yang timbul walaupun tanpa diminta. Jika tidak, sepertinya ingin melarikan diri dari realiti. "Jawabla..jawab..jangan berdiam diri.."Lagi pulak yang berkaitan dengan hukum hakam agama.Disamping nak melatih diri menjawab segala persoalan.Manakan tidak, aku pun mahu kepangkuan masyarakat.

Melihat pada apa yang berlaku hari ini, tiada kedengaran pun suara lantang yang berani mempertikaikan setiap apa yang berlaku dari segi kesalahannya.Bukan hendak mencari salah sesiapa dan bukan jugak nak menuding jari pada orang lain bahkan sebagai rasa bertanggungjawab. Persoalan agama misalnya, sudah timbul isu-isu yang dianggap besar yang berkaitan perkara furu' dalam agama. Mengapa dipertikaikan perbezaan pendapat dikalangan ulama' silam??adakah masalah-masalah yang berkaitan usul dalam agama telahpun kita selesaikan??Khususnya yang berkaitan aqidah yang adalah terlebih wajar kita dahului untuk dibahaskan.

Persoalan politik yang semakain huru-hara.Angkara siapa??Politik dipermainkan sewenangnya sehingga melambatkan kemenangan ISLAM.Politik hancur.Setiap bangsa saling bersengketa yang membawa kepada kehancuran negara.Sekali lagi membantutkan segala apa yang telah dirancang oleh tentera ALLAH demi melihat keizzahan ISLAM dari aspek pengamalan penganutnya sendiri.

Saya bukan orang yang alim dalam ilmu agama.Bukan pula orang politik.Orang kaya pun bukan.Tetapi saya adalah seorang yang ingin diberkati akan kehidupan didunia dan akhirat dengan mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari.

Doakan daku.

Wednesday, March 18, 2009

-hanya komen..??

- kata hati dan pendapat seseorang..tidak boleh dikritik..?

- bukan kritik, sekadar bagi komen membina..setengah orang, tidak boleh terima pandangan orang lain.Sengaja menegakkan benang yang basah.Itu ego namanya.

- pandangan atau idea memang hak individu tetapi ia perlu untuk mencantikkan percambahan pemikiran seseorang..terkadang apa yang kita fikirkan tidak akan sampai pada apa yang dihajati..disini la peranan 'kawan' itu perlu..

-kata kawanku..kawan ibarat cermin..kawan nampak apa yang kita tidak nampak..lebih-lebih lagi apa yang ada pada diri sendiri yang kita sendiri tidak nampak.Mungkn kawan yang nampak.

-pandangan orang, kita perlu terima dengan hati terbuka.positifkan apa yang ingin disampaikan orang.Baru hidup ceria.

mr-wan : juz kidding..",)

Monday, March 2, 2009

-kawan yang baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

mr-wan : Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!! amin ya rabb...

Saturday, February 28, 2009

-8 perkara ajaib??

1..Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan.Ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah..tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa...berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir....bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2...Sex....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan,tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah...

3....Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana- mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem PRamlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4...Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga...Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miz....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga....Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan..sembahyang boleh tangguh...Masya Allah...

5...Fun...

Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah MANGGA...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk....Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...

Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan...terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan...Kalau kita ke kedai bateri kereta....dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...kalau iklan Modess...perempuan adalah sepatutnya...Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion..

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat...Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ..Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan...sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8..Food..

Makanan..Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D,Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky...rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram,masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 8.....yang lain-lain entah macam-macam lagi....akucinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH........ oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah....fikir-fikirkanlah...

p/s : emel frwrd from my mmber...

Wednesday, February 25, 2009

-santapan rohani

Renung2kan ........

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ---- DLL..
2) Dari pakai beskal --- moto kap --- kancil--- wira --- Honda ---- BM ...
3) Guli --- Badminton ---- Golf ...
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- bungalow ...
5) Technician ---- supervisor ---- engineer --- manager ...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather ...
7) Sg air kuning --- pangkor --- langkawi ---- matruh --- dahab ...
8)
mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong
9)
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...


TETAPI...
KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang --- jadikan amalan....
2) banyak maksiat ---- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa
aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur ......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...
Macam macam lagi yang
kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga
kita, jiran, rakan-rakan, DLL..
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat redha DIA...

infiniti...

Semuga ALLAH terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misk.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."

p/s : beringatlah sebelum terlambat yer...pesan untuk diri sendiri jugak..!!

Wednesday, February 11, 2009

-makin mencari,makin tercari-cari

mafhum firman Allah s.w.t :

"harta benda dan anak-anak itu adalah perhiasan hidup di dunia..dan amalan soleh yang berkekalan faedahnya itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai balasan pahala dan sebaik-baik asas yang memberi harapan.. (al-kahfi : 46 )

Pencarian telah lama bermula.Belum menemui penghujungnya.Banyak liku-liku yang mencabar kesabaran dan keimanan yang perlu ditempuhi.Usaha dan doa selalu diiring setiap waktu.REDHA Allah s.w.t.Sentiasa diharapkan.

Perjuangan itu tidak semudah yang disangka.Perjuangan yang semakin dilupai oleh kebanyakan manusia.Mungkin tidak ada kepentingan bagi mereka.Tidak nampak ganjaran.

REDHA Allah perlu didamba disetiap perkara.Baik dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya.Jangan dipandang rendah pada perkara yang kecil.Sekecil-kecil perkara,jika dilakukan kerana REDHA Allah, pasti pahala dengan rahmatNYA itu tidak dapat ditandingi dengan segala apa yang ada diantara langit dan bumi.apatah lagi yang besar.

Sering kedengaran.Sanggup mengenepikan syariat yang dibawa Rasulullah s.a.w kononnya tetap akan diredhai.Mempertikaikan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah yang dianggap tidak sesuai pada zaman mutakhir.Pendapat ulama seperti yang disabdakan Rasulullah sebagai waris anbiya',lagikan ditolak.Ajaran mana yang dianuti untuk mendapat REDHA Allah tanpa acuan yang dibawa Rasulullah??Siapa yang diikuti andai semua alim ulama' dipertikai??Selalu saja mendabaik dada mengatakan diri adalah yang benar berdasarkan hujah-hujah yang lemah.Mengaku sebagai hamba Allah yang lemah,tetapi tidak mahu mendengar kalam ulama'.Bila didengari,dipertikaikan.

Semacam menyandarkan pada diri sendiri.Tetapi lebih baik begini.Sebagai muhasabah diri.Pencarian mencari REDHA Ilahi.Makin tercari-cari jika terus mencari.Perlu sentiasa berterusan dalam mengerjakan amalan kebajikan.Jangan berhenti.

Pelbagai isu sedang berlangsung ditanahair.Sosial,politik dan keagamaan sering meniti dibibir-bibir.Pasti ada pro dan kontra.Payah nak cari yang benar dan palsu.Media dan lidah akhbar hanya disatu pihak.Buatlah keputusan terbaik disamping mendalami diri dengan ilmu pengetahuan.Berpihaklah pada yang benar.Jangan sampai tersasar dari syariat Islam.Dunia hanya sementara.Wadah untuk mencari REDHA Dia.

p/s : cari..cari..carilah..!!!!

Tuesday, January 27, 2009

-derita dalam diam

Langsung tiada. lama menyepi. tiada idea? atau tiada cerita? sibuk sangat? bekerja? jaga anak-anak? tak hirau isu terkini?

Bukan. Komitmen perlu pandai dibahagikan. Dahulukan yang lebih aula bila bertemu dua perkara yang penting. Aku sentiasa ikuti perkembangan terkini disamping tugas ku sebagai 'pemburu ilmu'.

Banyak berita derita aku rasai sepanjang musim imtihan kali ini. Pergolakan politik tanah air. Suasana dunia Islam hari ini. Ombakan paradigma mahasiswa kini. Kerakusan manusia yang meruntun hawa nafsu. Pentingkan diri sendiri.

Tak bolehkah peristiwa-peristiwa sebegini tidak berlaku?

Perlu berlaku jugak. Sebagai sejarah dan panduan untuk generasi mendatang. Tanpa sejarah,manusia payah berubah. Hidup ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang dibawah.

Sekadar renungan. Beringat-ingat dan berpesan-pesanlah. Hidup hanya sementara. Perlu dimanfaatkan sebaiknya sebagai bekal untuk hidup abadi.

p/s : duduk atas kerusi roda...???

Sunday, January 4, 2009

-amanat tuan guru

Firman Allah swt dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Mereka yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru. Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedera.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yang ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangan ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri. Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yg bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan UMNO atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya yang sangat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepad perjuangan Islam yang mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang disebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas. Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang yang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejarah semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang, memepegang agama ibarat memepegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

mr_wan
: kebenaran pasti tertegak...kebatilan pasti hancur...!!!

Thursday, January 1, 2009

-renungan hikmah

“ Manusia terbahagi kepada 4 golongan iaitu : orang pandai yang mengaku pandai, orang pandai yang mengaku bodoh, orang bodoh yang mengaku bodoh & orang bodoh yang mengaku pandai "

Apabila nasihat atau perkataan itu keluar dari hati yang ikhlas, maka apabila ia didengar akan masuk ke dalam hati sebaliknya bila ia hanya keluar dari lidah, maka dianya tidak masuk ke dalam telinga

Ada 3 kekayaan yang amat sempurna iaitu kehormatan yang bukan pemberian, keharmonian yang tak perlu dicari-cari & kesabaran tanpa kehinaan

Berterima kasihlah atas kebaikan orang padamu & balaslah ia serta doakanlah kesejahteraannya

Orang yang ikhlas itu ialah orang tersenyum dalam kecelakaan, tenang ketika dapat keuntungan, sopan santun dalam amarah, lurus dalam kemiskinan & penolong dalam pekerjaan "