iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Monday, December 29, 2008

-happy new year


Menyingkap kembali sirah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari Mekah ke Madinah pada tanggal 1 Muharam, membawa 1001 makna buat kita yang mengaku sebagai umat baginda. Telah banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas baginda yang seharusnya kita jadikan pengajaran dan pedoman dalam menongkah arus hidup yang menyaksikan semakin hari semakin parah keadaan aqidah dan akhlak umat Islam sekarang.

1 Muharam merupakan titik permulaan perkiraan tahun dalam Islam kerana ia dikira berdasarkan penghijrahan baginda ke Madinah. Akan tetapi tanpa kita sedari, kita telah dilalaikan oleh golongan yang tidak mahukan Islam dengan merencanakan pelbagai agenda untuk kita melupai sejarah pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah.

Ia perlu dirai, tetapi bukan seperti meraikan sambutan tahun baru pada 1 Januari yang diraikan oleh kebanyakan kita sekarang. Bukan hanya sekadar menanti detik jam 12, seterusnya memasang bunga api serta menghiburkan hati dengan mengadakan pesta-pesta hiburan yang melalaikan yang langsung tidak dianjurkan Islam sedikitpun. Pengorbanan Rasulullah dalam mengembangkan Islam adalah lebih utama untuk diingati. Baginda telah menunjukkan jalan. Bukan sahaja menyuluh di jalan yang gelap bahkan menuntun tangan kita di jalan yang cerah supaya tidak ada lagi yang beralasan bahawa baginda telah mengabaikan kita di lapangan yang terang. Kita selaku umat Islam yang telah melakukan penyaksian dengan dua kalimah syhadah, sebenarnya telah berikrar untuk meneruskan perjuangan baginda dan mahu bersama-sama membajai Islam dengan segala keringat yang ada sekalipun harta dan nyawa menjadi taruhan.

Suka untuk disebutkan disini, dalam perjuangan, baginda Rasulullah perlu diambil sebagai ‘role model’ yang sentiasa bersabar atas karenah umat. Sehinggakan baginda masih lagi memikirkan tentang umat di akhir hayat baginda. Sebagai penerus perjuangan, hati kita perlu sentiasa kukuh dan kuat untuk menepis segala tohmahan masyarakat. Sedangkan Baginda kekasih Allah sendiri tidak terlepas dari dicaci dan dihina, bagaimana mungkin kita yang tidak pernah dijamin syurga dan keampunan dari Allah bisa lari dari kata-kata caci manusia.Dunia hari ini membuktikan bahawa sejarah perjuangan baginda semakain jauh dilupai. Musuh-musuh Islam laknatullah telah berjaya membuat kita leka dengan kemewahan dunia. Minda kita juga telah di ‘set’ kan oleh mereka supaya sentiasa memandang jauh kehadapan demi untuk melakukan perubahan arus hidup. Kononnya masih ada matlamat yang perlu dicapai di masa hadapan. Juga tanpa kita sedari, musuh-musuh Islam sekarang sudah boleh menongkat dagu menyaksikan peranan yang dimainkan oleh boneka mereka. Matlamat mereka telah tercapai. Islam hari ini sudah boleh diinjak-injak, dicaci maki, dan dihina. Semakin hari Islam semakin diratah mereka. Mereka juga telah memperlakukan Islam dengan sewenang-wenangnya sehingga mereka menggelarkan Islam sebagai terrorist, konservatif dan pelbagai nama. Agama Islam sendiri telah ditokok tambah oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Kononnya syariat yang dibawa baginda Rasulullah sudah tidak sesuai lagi pada masa kini dan perlu dilakukan rombakan dan perubahan.

Beringatlah...

Jangan sampai Islam akan dilihat umpama lampin pakai buang yang hanya diambil mana yang perlu dan selebihnya diabaikan. Islam kini tidak ubah seperti telur dihujung tanduk. Hanya menanti untuk rebah. Nah, siapa yang harus memainkan peranan dalam mengembalikan ketuanan Islam untuk terus bersinar kalau bukan kita yang mengaku Islam. Selagi azan berkumandang, selagi ceramah dianjurkan di masji-masjid, selagi ada yang bernama Muhammad, selagi itulah musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Otak mereka akan terus ligat berfikir merencanakan agenda yang sesuai untuk menghancurkan agama Islam.

Mafhum firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

"...yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti kemahuan mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah adalah sebaik-baik petunjuk. Dan jika kamu turuti kehendak mereka setelah mendapat pengetahuan, tidak akan ada bagi kamu wali dan penolong yang dapat menyelamatkan kamu dari azabNya…

"Bersempena 1 Muharam, marilah kita merenung sejenak nasib anak bangsa kita pada masa akan datang. Keadaan kita pada hari ini adalah hasil usaha nenek moyang kita terdahulu. Nasib anak bangsa kita pada masa akan datang ditentukan oleh usaha kita pada hari ini berdasarkan acuan yang kita gunakan. Jika Al-Quran dan Sunnah diambil sebagai acuan, maka baiklah hasilnya nanti dan jika sebaliknya, kita yang akan menangis sendirian di akhirat kelak.

Dr Abdul satar berkata :

"..Ingatlah bahawa kamu didunia ini sebagai musafir yang asing, tetamu yang tidak diundang, ziarah sebentar kemudian pergi. Adakah tetamu telah melaksana hak tuan rumahnya? adakah penziarah telah memenuhi hak orang yang diziarahi? Siapakah diantara kita yang mengutamakan kebaikan sebelum kereputannya? Dan siapakah yang menyiapkan bekalan sebelum perjalannya...??"

Mafhum firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 197 :

"...dan hendaklah kamu membawa bekalan yang secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri ( dari keaiban meminta sedeqah ) dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal ..."

Pasakkan azam, kuatkan Iman untuk mentarbiah diri mengikut akhlak baginda Rasulullah. Jangan biarkan perkara-perkara yang menghina Islam berulang lagi. Isu-isu yang melibatkan aqidah seperti murtad dan gencatan akhlak yang semakin dilupai, perlu terus dingati. Biarkan ia terus berlegar-legar di ruang ingatan sebagai rasa sensitiviti terhadap agama Islam walaupun ianya dianggap sudah basi dari isu-isu semasa. Bukan sikap sebagai seorang pejuang Islam jika hanya sekadar mendengar penindasan terhadap Islam tapa ada sebarang tindakan dan sekadar mencemuh dibibir. Bukan juga sekadar hanya membenci sendirian dan apabila ia sudah tidak lagi ditimbulkan, hati kita juga turut tenggelam..

p/s : perkara yang paling aku menyesal sekali dalam seharian ialah apabila terbenamnya matahari, hayatku berkurangan, usiaku meningkat, tetapi amalanku tidak bertambah..

:::... jom tajdid niat...kuatkan semangat..tempuhi tahun baru dengan sebaiknya ...::: ",)

Wednesday, December 17, 2008

- bush vs kasut

arabian : enta syuf 'bush" embareh..??
gue : la ah..leih ba'ah?maugud ikhbar gadid..?
arabian : la ba'sa..musy musykilah..
gue : toyyib..isma' kalam duktur..


semangat aku msuk klas smalam..madah fiqh muqaran..walaupun madah untuk sem depan,aku pegi jugak muhadharah doktor sibhi..best cara pengajaran..tapi doktor ni suka marah orang..nasib baik tak pernah marah malizi..semalam doktor nak marah arabian ni sebab sembang..tapi tak jadi marah sebab sembang ngan malizi (gue)..

aku baru nak duduk.patutla beria dia tanya aku, tengok tv tak semalam.ada cerita baru rupanya.sepatutnya dah lama cerita ni,tapi baru semalam.kenapa?

ada jugak perasaan kagum atas keberanian beliau.tapi sayangnya setelah sekian lama dia hidup,hanya ada yang berani baling kasut?kenapa tak tamatkan saja riwayat dia?

mungkin aku hanya berani cakap,tapi tak buat.kalau aku ditempat dia,alang2 aku buat lebih dari itu.tapi jangan risau,bush tak kisah pun.dia kata 'hanya kasut'

kepada orang iraq.jangan terlalu bergembira.kasut terbang umpama titik permulaan untuk kalian terus teguhkan azam kalian untuk menentang musuh-musuh Allah di muka bumi.aku bersama kalian.insya allah.

bagaimana obama selepas ini?tunggu dan lihat.

Sunday, December 14, 2008

-salam imtihan

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang..

Maha Suci DIA yang sentiasa pinta meminta kita denganNya..hanya pada DIA segalanya diserah..

tinggal berapa detik saja lagi nak hadapi ujian yang selalu ditunggu selama nih..moga2 segala penat dan lelah selama ini akan membuahkan hasil..

"kelengkapan belum cukup lagi...
"banyak lagi yang belum dihafal...
"dah tak sempat nak buat nota..
"tak mampu nak hafal...
"camne nih nak jawab nanti..?
"tolong la..aku rase cam nak balik malaysia jer...

antara kata2 hati yang boleh melemahkan semangat..perlu ada keteguhan hati..pasakkan azam..padukan tekad..pastikan diri sudah sedia sepenuhnya untuk hadapi sebarang ujian. Lebih2 lagi sebagai seorang muslim yang sentiasa diuji..ujian yang menentukan tahap keimanan..


"sempat lagi kalau nak buat nota pun..
"hafal pon boleh..
"pastikan faham setiap bab yang dah blajar..
"tipon la mak abah..mintak semangat @ kata2 perangsang..
"ingat..!!orang lain boleh, kita pun boleh..
"kalau terdesak,cuba pandang jauh kehadapan...ada sesuatu yang menanti..
kejayaan @ kegagalan..??

peperiksaan bukanlah penentu segala usaha penat lelah..tapi hanyalah sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh mana kebersediaan kita dalam menghadapi sesuatu..sememangnya ada ujian yang lebih besar yang perlu dihadapi..hanya perlu sentiasa berhati2 dalam menongkah arus hidup..

sekali gagal, bukan bermakna gagal untuk selamanya...bagi yang berjaya, petanda bahawa kita telah merangka satu plan yang bijak untuk menghadapi ujian..dan perlu lebih bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang..

sahabat2ku..tolong doakan kejayaan kita bersama..juga untuk sahabat2 kita yang lain..moga kita semua beroleh kejayaan..biarpun berbeza usia, yang pasti perjuangan kita tetap SATU...



"ALLAHUMMA..ampunkan segala dosa2 kami..
dosa2 ayah dan ibu kami..
berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari..
kurniakan kami ketenangan dalam menghadapi segala ujian..
tetapkan kami bersama para alim ulama yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..

amin...

Friday, December 5, 2008

-labbaikallah humma labbaik

allahu akbar...allahu akbar...allahu akbar...

Alhamdulillah...bersyukur kita kpd yang ESA kerana masih dikurniakan kesempatan untuk menikmati hari yang tidak asing lagi bagi umat Islam, dalam menyambut perayaan bersempena 10 Zulhijjah.. Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan ketibaan bulan Zulhijjah. Padanya terdapat pelbagai tauladan dan pengiktibaran yang harus kita ambil selaku pelajar agama khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Sememangnya diriku amat mengharapkan untuk dpt menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Lebih2 lagi apabila sudahpon berada di negara yang berhampiran tanah suci ini..moga2 dikurniakn rezeki dan diberi kesempatan untuk menyambut seruan kaabah..



Perhimpunan di tanah suci merupakan salah satu lambang syiar dan keagungan agama Islam yang menunjukkan betapa kesyumulan Islam itu merangkumi semua bangsa tidak kira di mana jua pon berada yang berhimpun atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpdNYA..juga merupakan salah satu daripada rukun Islam ke5 yang wajib ditunaikn oleh setiap orang Islam yang berkemampuan.

Pengorbanan merupakan salah satu pengiktibaran yang harus kita ambil daripada kisah Nabi Ibrahim dan Ismail..Kesabaran amat diperlukan dalam diri setiap muslim untuk melakukan pengorbanan sekalipun nyawa untnk menegakkan syiar Islam yang trcinta.Tambahan pula keadaan agama Islam kini yang seakan2 semakin terhiris sedikit demi sedikit akibat rancangan2 jahat yahudi yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama Islam.Nah, apa yang perlu dilakukan sakarang untuk mematahkan rancangan2 yahudi trsebut..??maka disinilah kita perlu memikirkan bagaimana utk meningkatkn kekuatan dalam diri bagi menguatkn jiwa selaku insan yang sentiasa mencari keredhaanNya..

renungan...

Perhimpunan di tanah haram, wuquf di padang arafah misalnya...membuatkanku teringat akan sepotong ayat al-quran yang menerangkan bahawa manusia seluruhnya akan dihimpunkan dihari qiamat kelak, iaitu hari dimana tidak ada lagi gunanya harta dan anak2 melainkan kita akn kembali kpd Allah kelak dengan hati yang tenang dan sejahtera..sebagai pengiktibaran atas ketetapan yang telah ditetapkan dalam rukun haji..

Kebanyakan dari masyarakat kita khususnya umat Islam, kurang mengambil perhatian atas setiap perkara yang berkaitan dgn sejarah Islam. Suka daku igtkan disini, sejarah yang lalu bnyak membentuk kejayaan dan ketamadunan sesebuah negara ataupun organisasi..dalam nak membentuk sebuah masyarakat Islam yang bertamadun, perlu ada disana kesedaran yang dapat mendidik jiwa untuk sentiasa berusaha untuk memjukan diri..pembentukan sahsiah peribadi, pengurusan keluarga dan ekonomi hinggakan pentadbiran sesebuah negara perlu dipertingkatkan selaras dengan tuntutan yang telah digariskan syara'. Sudah banyak peristiwa2 dan kisah2 yang berlaku yang menceritakan betapa kemuliaan dikurniakan ke atas negara yang dibangunkan atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, iaitu yang dibina berlandaskan hukum Allah s.w.t.

erm...

Sengaja kularikan jari jemari utk menukilkan kata2 hati..kerana padaku ada kesedaran dan keprihatinan serta ada sensitiviti atas setiap sejarah Islam yang berlaku..mengapa tidak, kerana diriku merasakan masih terdapat rmai kwan2 yang masih leka dengan keseronokan dunia yang sementara ini..masih ramai yang tidak tahu untuk menghargai masa dan waktu mereka..kesempatan yang diberikan untuk merebut jnji2 Allah dibiarkan berlalu..

Musim haji yang tiba kini, mengapa ianya tidak dihayati..? mengapa masih menganggap ia hanyalah perayaan biasa yang disambut saban tahun..? masih ada jugak yang menganggap ia hanya disambut oleh golongan yang sudah berumur ataupun ia hanyalah sebagai adat..kenapa ya...??diri sendiri masih mencari jawapan..

p/s : tepuk dada, tanyalah iman..hanyalah yg leka akan menurut hawa nafsu..

-doa untuk sahabat

jika engkau sahabat sejatiku...
tolonglah doakan untukku...
sampaikan doaku dalam doamu wahai sahabatku...
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya...
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya...
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Allah yang mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia...
moga dia sekuntum mawar berduri yang terjaga oleh tuannya dan diketemukan dengan seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa di taman larangan dengan sopan santunnya.....
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

p/s : "Sandarkanlah cinta kepada Allah...pasti tidak kecewa kerana pasti ada balasan..."

Monday, December 1, 2008

-ibuku pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibuku memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatanku sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongiku. Aku perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kalian.
Cerita ini bermula ketika aku masih kecil. Aku lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.


Pembohongan pertama...
Sebagai anak yang masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak lapar."

Pembohongan kedua...
Ketika aku mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang aku makan tadi..
Aku sedih melihat ibu seperti itu.. Hatiku tersentuh lalu dengan menggunakan sudu aku memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

Pembohongan ketiga...
Di usia awal remaja, aku masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahanku,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi aku terjaga dari tidur. Aku lihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali aku melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."

Pembohongan keempat...
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menungguku di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar aku lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, aku segera memberikan cawanku itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!"

Pembohongan kelima...
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."

Pembohongan keenam...
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit."

Pembohongan ketujuh...
Setelah tamat pengajian di universiti, aku melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajianku di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang,kemudian aku pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajianku juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, aku berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandanganku, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakanku. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

Pembohongan kelapan...
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam aku menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Aku yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Aku melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajahku dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkanku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..Aku dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Aku menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Aku cium tangan ibu kemudian aku kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hatiku terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

mr_wan : Ibu....maafkanku...aku sayangkan ibu...!!!aku berjanji akan jadi anakmu yang baik..

Thursday, November 27, 2008

-kAlAm sYuKuR

segala puj hanya bagi ALLAH..tuhan yang telah mengurniakn nikmat IMAN dan ISLAM kepada hamba-hambaNya yang terpilih..yang telah menciptakan segala apa yang terkandung diantara langit dan bumi, dan menjadikan planet-planet yang sentiasa berputar pada paksinya mengikut ketetapanNya...

Selawat dan salam buat NABI MUHAMMAD SAW junjungan tercinta yang telah banyak berkorban dalam perjuangan menegakkan kalimah ALLAH SWT demi melihat umatnya bahagia di dunia dan akhirat...juga buat ahli keluarga baginda..para sahabat dan seluruh pengikut baginda...

kedudukan yang tertinggi bersama penghulu wanita seluruh alam DISANA kudoakn buat ibuku yang sentiasa kurindui kasih sayang ibu...yang telah mengandungkanku seterusnya melahirkan aku sebagai seorang pejuang bagi meneruskan kesinambungan warisan RASULULLAH SAW...moga ibuku sentiasa beroleh redha dan rahmat DIA...

kedudukan yang tertinggi juga bersama para solihin kudoakn buat ayahku yang sentiasa kudambakan kasih sayang ayah...yang telah banyak berkorban demi membesarkan aku...telah banyak peluh yang ayah keluarkan demi melihat aku menjadi anak yang soleh...ayahku,aku masih kecil ketika kau tanamkan kedalam jiwaku rasa takut pada hari akhirat...engkau tidak pernah mengherdikku agar takut kepadanya...namun corak kehidupanmu yang berlalu dimataku banyak mengajarku untuk mengenali tuhan...moga ayahku sentiasa beroleh redha dan rahmat DIA...

kejayaan didunia dan akhirat kudoakn buat abang-abang dan adik-adik serta kakakku...aku lahir kedunia bersama kalian...menatap wajah dunia bersama kalian dari perut yang satu...kita dibesarkan dari titik peluh yang sama...punyai kasih sayang tanpa bahagi...buat kakakku yang pergi dahulu,moga dikau disana sedang bahagia dalam rahmat DIA...

kemurahan rezki ku panjatkan pada ILAHI buat guru-guruku yang telah membakar diri mereka umpama lilin dalam memberi cahaya kepadaku...yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam menunaikan amanah ILAHI untuk melihat ku berjaya...moga hidup kalian sentiasa diberkati...

buat sahabat-sahabat seperjuanganku...kalian umpama keluargaku ketika ku dipementasan ilmu...kalian abang dan adik-adikku dalam membina kesatuan jemaah...kalian penyemai semangat tika ku keletihan...dan penghibur tika ku kedukaan...sungguh...ukhwah yang terjalin antara kita akan ku genggam erat...sentiasa tersemat dalam kalbuku...aku rindu pada kalian...moga kita beroleh kejayaan bersama...

ALLAHUMMA ROBBANA...tetapkanlah aku bersama hamba-hamaMU yang bersyukur...

Monday, November 17, 2008

-aSsAlamUaLaiKuM

salam perjuangan tanpa nokhtah buat kalian..
terasa diri dipanggil untuk bersama melongkah alam penulisan dalam melebarkan risalah junjungan kita...sebagai medan mencari keredhaan DIA...moga-moga hati kita sentiasa ikhlas di sepanjang jalan PERJUANGAN ini...!!!
alangkah rugi mereka yang lalai...
alangkah malang mereka yang alpa..
alangkah hina mereka yang buta hati..
baginda telah menyuluh di lapangan yang terang..
baginda telah memimpin di jalan yang gelap..
sayangnya...mereka tetap
BUTA...!!!
~ ma'azallah ~