iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Friday, January 22, 2010

-Allah is God or the God is Allah..??

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.

Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

sumber : harakahdaily

Thursday, January 21, 2010

-kasih ITA....

Harga Sebuah Kereta Dan ANAK...

Bagi sapa2 yg tak langgan mastika bulan mei 2004, bacalah cite sedih ni, ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan...

kepada semua parents,

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran...

Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu.Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah.

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.

Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayah.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah mengendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

p/s : sayangkan isteri tinggal2kan..sayangkan anak tangan2kan..(betul ker..?)

Wednesday, January 20, 2010

-Kembara Sinai'10 (KASIH)

Assalamualaikum..tatapan buat seluruh ahli KPIPM (Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir)..khususnya sahabat2 ikhwah yang masih berada di perlembahan Nil..

Biro Perhubungan, Sambutan & Rehlah (BPSR) sekali lagi akan menganjurkan jaulah ke Semenanjung Sinai bertarikh 16-18 Februari 2010 sempena musim saifi yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program menyelusuri sirah Anbiya' ini bakal menjanjikan percutian yang menarik disamping dapat menambahkan thaqafah selaku mahasiswa Al-Azhar serta mengeratkan jalinan ukhwah sesama ahli KPIPM khususnya dan PMRAM amnya.

Bagi yang berminat, sila daftarkan diri anda (nama penuh serta no. pasport) sebelum
10 Februari 2010.


Maklumat lanjut sila hubungi :

Mohd Ridhwan Bin Othman
(Ketua BPSR KPIPM 2009/2010)
No Tel : 011-0370698
Emel : mr_wan259@yahoo.com
Yahoo Messenger (YM) : mr_wan259

Monday, January 18, 2010

-kisah semalam


Di kala itu...
mega merah hampir kelihatan
terpancar di ufuk dunia
tempat SYUHADA menghadap KHOLIKnya

termenung isteri menadah doa
menangis anak memanggil ayahnya
ayah..!!! kemanakah kau ayah..??

kasihannya mereka...
terpaksa menjadi mangsa
dek kerana keZALIMan sesama manusia
yang langsung tidak punya
ehsan di dada

senja nan berlabuh...
lenyaplah siang bersama kisah semalam
tanpa ada yang mengerti
walau QIAMAT hampir menanti
mereka tetap dengan DUNIA mereka

kita...
masih punya masa
didiklah anak bangsa
rasai JIWA mereka

jalan berliku PASTI terasa...
lumrah hidup menjadi biasa
BANGKITlah..!!!
dunia hanya sementara cuma
kekal abadi di SANA hanya
kita pasti kan berjaya..

hasil nukilan : mr-wan

Sunday, January 17, 2010

-siapa RPK ni..??

Siapa RPK ni sama intonasi dengan "siapa khairy ni.?"(susah sgt nak cari..)seperti yang sedia maklum RPK ni adalah 'pengganas' yang dikehendaki polis.Hingga kini pihak polis masih belum menjumpai beliau.Orang ramai yang mengetahui maklumat beliau diminta membuat laporan polis yang berdekatan.(adehh..)

"Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, Tunjukkan muka ... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.
Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” kata Timb. KPN.

Jika dikampungku, arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya RPK menyerahkan diri akan menambahkan lagi semangat benci orang kampung (org ameno) trhadap pr."..depa lawan kerajaan,sebab tu kerajaan nak tangkap depa.."kata sebahagian orang kampungku.


Mengapa susah sangat nak tangkap RPK?siapa RPK ni?Apa yang berlaku terhadap beliau pasti menimbulkan keinsafan terhadap orang2 beriman.Kemungkinan 'nusrah' Allah ada untuk memeliharan
ya dari kezaliman penguasa.Jangan kita lupa bahawa FBI & CIA pun belum dapat menjejaki osama dan pembunuh adik Nurin masih belum dapat dikesan.Dua watak berbeza yang 'dilindungi' Allah.

SPRM semakin menampakkan kewibawaan mereka dalam usaha membanteras rasuah sehinggakan berjaya mendedahkan rasuah yang diterima TGNA.Mereka masih dalam usaha menjejak rasuah pimpinan PR yang lain.(pembaziran RM100 billion,penggunaan RM270 billion dlm masa 5tahun,pemberian wang ehsan(royalti minyak dll) tak perlu disiasat kerana akan mem
buang masa SPRM)banyak lagi benda lain yang nak dicari.bagus SPRM ni.Siasat jangan tak siasat.Siasat semua menteri dan para pimpinan yang ada(termasuk PM dan mantan PM sekali.Dedahkan segala penyelewangan seperti yang didakwa RPK.

Berbalik pada crita RPK,fikirkanlah tentang keprihatinan pihak kerajaan.Ketelusan mereka dalam memikul amanah rakyat.Buka mata,bacalah minda..

SHAH ALAM - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri memiliki reputasi jika dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerahkan diri berikutan dengan dua waran tangkap yang dikenakan.
“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka.Kalau tak bersalah dia tak perlu takut.

“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian Ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.

read more..

p/s : siasatlah diri kamu sebelum kamu disiasat di mahkamah AGUNG kelak..

Saturday, January 16, 2010

-don't give up..!!

Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang menjadikan kami selaku hambaMu..tetapkan hati kami untuk terus dijalanMu yang suci ini..

sabarkanlah kami..agar sempurna IMAN kami..biar jerih perih terpaksa kami lalui dalam perjuangan ini, kami tetap akan redha..demi REDHA-MU..


PERKENANKANLAH...

Friday, January 15, 2010

-cerita ' AJL 24 '...


Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

sila klik...

p/s : dunia hanya sementara..beringatlah sebelum terlambat..

Tuesday, January 12, 2010

-fikirkanlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai
pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Wednesday, January 6, 2010

-mesir oh mesir..

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru kepada semua ahli, pertubuhan NGO dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai Himpunan Aman membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El Arish kelmarin.

Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza.

Tidak cukup dengan itu Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam Wilayah rakyat Palestin.


PAS kesal, kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin. Justeru itu PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan Himpunan Aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari 2010 (Jumaat).


PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Saturday, December 12, 2009

-Rasulullah s.a.w yang pertama

PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

sumber : harakahdaily.net

Saturday, October 31, 2009

-kunci pintu MB berkarat??


Salam coretan pena pada kali ini….saban tahun kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang terjadi di sekitar Bkan,DPM mahupun PMRAM sendiri.Ada yang telah pun menemui jalan penyelesaiannya,ada yang masih mencari-cari apakah cara terbaik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.Apa pun yang ditemui,pastikan jalan yang terbaik berada di titik noktahnya.Dalam kesibukan kita mencari penyelesaian yang dihadapi, terkadang kita terlupa untuk berhadapan dengan masalah yang dikira terpenting dalam diri mahasiswa/wi.Pernahkah kita terfikir tentang hati kita yang lesu dan malas untuk duduk bersama sahabat-sahabat yang lain dalam MUZAKARAH BERKELOMPOK?Pernahkah kita terfikir kita tidak layak digelar sebagai mahasiswa/wi zaman kini?Jawapan ada di tangan sahabat semua...

Kelesuan dan kemandoman kita untuk memberi komitmen dalam MB adalah sikap orang-orang yang jahil dan cetek dalam ilmu.Sedar tidak sedar inilah hakikat yang berlaku dalam diri kebanyakan mahasiswa/wi hari ini.Sepatutnya jika kita pemegang gelaran mahasiswa/wi yang belajar di gedung ilmu,masalah ini tidak akan timbul.Sekiranya dalam MB ada kekurangan yang perlu diperbaiki,kitalah yang selayaknya untuk menjadikan MB kita adalah yang paling best di peringkat BKAN mahupun DPM.Masalah yang timbul apabila ahli MB tidak mahu berbincang bersama fasilatator masing-masing tentang hal ini.Dengan tindakan yang kurang bijak terus memilh jalan untuk memboikot MB yang telah diberikan.Ini suatu tindakan yang merugikan diri kita malahan kepada Islam sendiri.

Sedari sahabat-sahabat...ruginya suatu perkara yang terjadi tersebut kadang-kadang disebabkan oleh tangan kita sendiri.Meletakkan ego dan perasaan di hadapan ilmu serta akal akan membuahkan hasil yang membahanakan.Kita sering mencari kesalahan orang lain tentang perkara ini,kononnya fasilatator dan kawan-kawan sekeliling yang bersalah tanpa memuhasabah tentang kesalahan diri sendiri.Pepatah pernah menyebut :1 JARI YANG MENUDING KEPADA ORANG LAIN AKAN ADA 4 JARI LAGI YANG MENUDING KE ARAHNYA.Pandai dan bijak berkata semata-mata tidak berguna tanpa ada sumbangan dalam gerak kerja dan tindakan.Sahabat-sahabat yang budiman….lari dan meninggalkan MB yang telah dirangka agendanya setiap minggu tersebut akan menjadikan diri kita kosong dan kontang dengan ilmu bersama para masyarakat.

Sikap manusia yang suka dengan perkara-perkara yang lebih menyeronokkan di luar sana adalah menjadi adat hari ini.Yang menyedihkan lagi,apabila dirangka pertemuan setiap hari Jumaat,ada saja alasan-alasan yang berjaya dicipta untuk mengaburi mata sahabat-sahabat yang lain.Ada yang nak baca kitab lah,ada yang nak pergi telefon orang di Malaysia lah,ada yang nak hantar ahli bait pulang ke Malaysia lah,pendek kata setiap minggu ada saja alasan-alasan yang menarik dan kreatif dihidangkan.Kalau alasan tersebut benar-benar berlaku tidak mengapa tetapi masalahnya ialah ia sengaja direka dan dicipta seolah-olah menerbitkan karya yang beredisi.Cuba duduk semeja dengan fasilatator yang ditaklifkan untuk MB kita, berbincang tentang masalah bersama umpama perbincangan anak beranak di rumah masing-masing.Dari situ akan wujudnya persefahaman yang terbaik di kalangan ahli MB.Sebagai contoh,jika hari Jumaat tidak dapat membuat pertemuan disebabkan maslah yang tidak dapat dielakkan,rancang masa dan ketika yang sesuai untuk membuat pertemuan lain untuk menjalankan MB kita.

Syabas dan alfun mabruk diucapkan kepada diri yang berjaya meletakkan jasad dan hatinya ke dalam MB pada setiap minggu dengan penuh keikhlasan hati.Moga pengorbanan yang dilaburkan akan menjadikan kita insan yang terpilih serta mendapat pujian dan limpahan rahmat dari Allah swt.Allah merakamkan dalam al-quran yang bermaksud: Kemudian hatimu menjadi keras sehingga (hatimu) seperti batu,bahkan lebih keras-Al Baqarah(74).

Hati manusia yang dahagakan peringatan dan nasihat dari orang lain akan memastikan dirinya berada di tempat yang sepatutnya.Bahkan sebagai manusia yang berfikiran waras serta terbuka akan membuka kunci pintu hatinya untuk sama-sama hadir ke dalam MB dan mengambil sebanyak mungkin daripada pertemuan tersebut.Pergolakan yang berlaku pada era dahulu dan kini adalah berkaratnya kunci pintu hati-hati sebilangan manusia untuk mahu bersama dalam MB yang dijalankan. Bayangkan sejenak….kita sebagai tuan rumah yang merancang pelbagai agenda untuk satu majlis perkahwinan tetapi para tetamu tidak sudi hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Apakah reaksi dan perasaan kita selaku tuan rumah tersebut?Hanya orang yang kurang waras akan mengatakan tak kisah dan tidak ada perasaan marah dan sedih .
Umar Abdul Aziz pernah menyebut di dalam kalamnya yang berbunyi:
Barangsiapa yang hari ini tidak berbeza dengan hari semalam,maka dia adalah orang yang tertipu dan barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia adalah manusia yang terkutuk

Persoalan yang ingin dilontarkan kepada sekelian diri pembaca….sampai bilakah kunci pintu MB kita akan berkarat?Bilakah dan bagaimana kita mahu membuka pintu hati kita untuk mengimarahkan MB yang telah lama kesepian suara kita?Menurutkan kemalasan,keegoaan,kemarahan dan pasifnya diri kita untuk MB tiada penghujungnya.Itu semua akan menjadikan kita umpama katak di dalam gelas.Mengerti dan melihat peri pentingnya MB kepada diri kita tetapi hanya berdiam diri di takuk yang lama.Pepatah Melayu sering diukirkan di bibir sahabat-sahabat..

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna….Apabila pulang ke tanah air ketika itu kita akan tahu betapa ruginya kita tidak berjaya mengutip ilmu bermasyarakat melalui MB.Ingatan pada diri kita...apabila kita ditakdirkan Allah swt suatu hari nanti, membawa orang lain untuk dipimpin seperti seorang guru memimpin tangan anak muridnya atau ayah memimpin tangan anaknya dan suami memimpin tangan isterinya...ketika itu mereka memalingkan tangan dan membodohkan kita,saat itu kita akan teringat, kita pernah melakukan sebegitu rupa kepada orang lain pada dulunya….Itu adalah janji Allah yang pasti kerana setiap perkara yang dilakukan ada balasannya.Cabar diri kita supaya tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama dilakukan.Kesilapan kita yang lalu untuk tidak hadir ke dalam MB biarkan dengan noktah akhirnya tetapi mulakan pembaharuan dalam diri dengan MEMBUKA PINTU KUNCI MB dengan kehadiran kita bersama sahabat-sahabat yang lain.Dari situ kebersamaan kita dalam mendepani pelbagai masalah akan menemui jalan penyelesaiannya secara mudah dan terancang.Akhirnya kita akan lihat bahawa kunci pintu MB yang berkarat akan bersinar kembali….

Renungkan sebuah kata-kata ini….

ENGKAU TELAH DIBERI ILMU,MAKA JANGAN ENGKAU KOTORI ILMUMU DENGAN KEGELAPAN DOSA-DOSA HINGGA ENGKAU TETAP DALAM KEGELAPAN DI SAAT PARA AHLI ILMU DITERANGI OLEH ILMU MEREKA ….(imam Syafie)