iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Monday, June 15, 2009

-bubar..bubar..bubar dun perak..!!!

1) Parlimen kecoh lagi.Ir Nizar menjerit dalam parlimen sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Bkt Gantang pada mesyuarat ke-2 penggal ke-2 parlimen ke-12 hari ini.

2) Semacam keterlaluan atas apa yang beliau lakukan tetapi itu bukan isu utama. Mesej yang hendak disampaikan beliau yang lebih patut kita teliti. Jangan terpengaruh dengan media yang sengaja nak menjahanamkan PR.

3) Berbalik kepada apa yang telah dilakukan BN pada sidang dun Perak yang lalu, jauh lebih memalukan. Seumpama menggadai maruah sendiri. Hilang terus jatidiri. Ketuanan Melayu yang diperjuangkn UMNO bee-end langsung tiada erti. Hitam sungguh mereka punya hati.

4) Ir Nizar akan sentiasa kita sokong. Jeritan Ir Nizar semacam dah menggoncang negara. Suara Ir Nizar adalah suara rakyat. Kita mahukan supaya kebenaran dan keadilan terus tertegak di bumi Malaysia. Fahamilah suara rakyat. Rakyat tidak mahu terus menderita di bawah pemerintahan kuku besi. Rakyat sudah muak dengan mainan politik mereka.

5) Kepada yang membenci PR, saya bercakap bukan atas dasar saya penyokong PR tetapi atas dasar apa yang diperjuangkan PR yang langsung tak sama dengan apa yang diperjuangkan kalian. Memang bubar dun adalah kuasa sultan, tetapi siapalah sultan jika tanpa rakyat.

6) Buat pejuang PR, jangan lunturkan semangat kalian. Perjalanan kita masih panjang. Kita masih punya masa. Bersamalah terus membantu pipmpinan untuk menguasai Malaysia dalam PRU13. Insya allah.

p/s : Takbir...!!! ALLAHU AKBAR...!!!

Sunday, June 14, 2009

-selamat hari ayah

ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah
aku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapat kubayangkan hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat di hati..

Saturday, June 13, 2009

-mualif maza ya'ni intiami lil Islam

Innalillahi Wa inna ilaihi raji'un..al-fatihah..

Pemergian seorang mujahid agung yang banyak sumbangan dalam dunia Islam, Syeikh Fathi Yakan sukar dicari ganti. Moga Allah menempatkan beliau besertaa para awliya', syuhada' dan para solihin bersama rasul junjungan mulia sayyidil mursalin sallallahu alaihi wasallam.

Seorang pendakwah Islam, ketua Jabhah Amal Islami menghembuskan nafas terakhir ketika mencapai umur 76 tahun. Menulis pelbagai kitab yang masyhur antaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan sebagainya melebihi 35 buah kitab.

Perjuangan Islam itu berterusan hingga Qiamat. Pejuang-pejuang agama Allah akan sentiasa lahir disetiap kematian para syuhada'. Tempat para syuhada telah dijanjikan Allah. Pasti gembira mereka bersama para bidadari yang siap menanti. Tempat kita dimana..?

Ramai ulama' dan para mujahid gugur disaat maruah Islam dirobek. Berakhirnya kehidupan mereka bukan menandakan tamatnya perjuangan Islam, bahkan sebagai titik permulaan untuk kita pula yang terus menyambung perjuangan mereka.

Dunia menyaksikan kerakusan musuh-musuh Allah meratah maruah agama Allah, tiada yang berani menentang hingga ada yang sanggup menggadai agama sendiri untuk bersama musuh demi menjaga 'poket sendiri'. Keinginan untuk hidup lebih lama dimuka bumi dan menikmati kemewahan hidup mengatasi kerinduan syahid di jalan Allah.

Di Malaysia khususnya, siapa pengganti Hassan al-Banna..?di mana pengganti Abdullah Azzam..?mana klon Osama..? ramai yang mendabik dada konon mencontohi perjuangan mereka tanpa sedar sudah lari dari manhaj sebenar.

Perjuangan ulama' dipertikai. Kata-kata ulama yang konon mengaku ulama' diambil untuk menyesuaikan dengan kehendak hawa nafsu. Ulama' yang ada plak membisu seribu bahasa. Tahu hukum, tapi tak tahu nak guna. Baik tak payah belajar.

Kematian para ulama', sebagai semboyan kepada kita selaku pencinta ilmu untuk terus meneroka dan menggali ilmu. Allah mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama'. Ulama' semakin berkurang, penyangak semakin berleluasa. Tanpa ulama', dunia pasti kacau bilau kerana dikuasai penguasa yang jahil.

Tuntulah ilmu selagi hayat ada.

Thursday, June 11, 2009

-Islam Memimpin Perubahan

Muktamar tahunan telah pun berlalu namun masih menjadi bualan hangat hingga kini dan alhamdulillah, PAS juga baru sahaja membentuk saf kepimpinan yang baru bagi sessi ini. Pasti banyak perkara yang digariskan berkaitan peripentingnya persediaan para pendokong sebagai asas bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Garis-garis kasar haluan perjuangan yang telah dibuat seharusnya diterjemahkan dalam pembudayaan gerak kerja di semua peringkat agar visi, misi dan objektif serta manifesto bertindak dapat direalisasikan dan mencapai matlamat yang diharapkan. Ikrar dan iltizam setiap pendokong untuk membantu PAS Pusat bagi menawan Malaysia dalam PRU akan datang adalah cabaran terdekat kita untuk bersama menyokongnya. Tema 'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN' memerlukan komitmen dari semua pihak untuk jadikannya satu kenyatan.

Berbekalkan aqidah yang mantap, keberanian yang tegar, strategi yang bijaksana, organisasi yang teguh dan gerak kerja yang mantap, insya allah kemenangan kan datang bertandang, lonjakan semanagat jihad yang bersemarak dan kemenangan ISLAM akan terserlah. PAS akan terus berupaya memacu perubahan, menggerak massa, dan mencetus gagasan baru serta segar dalam bahtera perjuanagan ini.


apa strategi PAS ..??


- Apa maksud strategi? - penilaian sejauh mana kita dapat meniliti dan menghayati isi kandungan ucapan tema dan sejauh mana kita dapat menyedut beberapa perkara dasar yang diungkapkan.
- Janganlah ada diantara kita yang menganggap ucapan itu hanyalah suatu ceramah politik yang ditujukan kepada amno be-end sahaja atau sekadar memenuhi agenda muktamar semata-mata.
- Sesungguhnya apa yang digariskan pemimpin no 1 perjuangan ISLAM, dalam ucapan tema yang lepas seperti juga teks ucapan yang sebelum-sebelumnya mengandungi mesej-mesej utama yang sepatutnya mendasari setiap gerakan dan tindakan kita.


Allahu akbar..!! Allahu akbar..!! Allahu akbar..!!


p/s : sedang mengkaji dan mencari strategi PAS yang digariskan dalam muktamar baru-baru ni..harap dapat dikongsi bersama..