iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Friday, May 29, 2009

-subjek SPM terhad..??

1) Pelajar yang akan menduduki SPM hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksima mulai tahun hadapan. Ini adalah kerana hanya pelajar aliran agama sahaja yang kebanyakannya mampu untuk lebih dari itu. Demikianlah seperti yang ditetapkan kerajaan yang dimenterikan Muhyidin Yasin.

2) Pimpinan kerajaan mendatang hanya diperlukan dari kalangan cerdik pandai akademik dan profesional sahaja kerana kebanyakan golongan agamawan hanya tahu menentang kerajaan. Pendekatan sebegini perlu disegerakan bagi mengelak kecelaruan pentadbiran seperti yang berlaku dalam PAS.(adehh...)

3) Telah berlaku pergolakan dalam PAS apabila timbul pertikaian kredibiliti antara kepimpinan ulama dan profesional seperti yang digembar-gemburkan pihak kerajaan dan lidah rasmi mereka tanpa mereka ketahui ulama adalah teras perjuangan PAS, profesional merupakan tiang seri manakala aktivis sebagai paksi dalam perjuangan PAS. PAS Akan tumbang jika salah satunya patah.(tak boleh lagi membezakan kepentingan masing2..kesemuanya berperanan dalam memperjuangkan dasar jemaah..)

4) Berbalik pada tajuk,kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menaja biasiswa pendidikan kepada pelajar yang cemerlang. Tetapi berapa ramai pelajar yang dapat 20 A dalam SPM?Andai dalam angka yang banyak sekalipun,itu salah satu cara kerajaan melabur dalam sektor pendidikan sekaligus dapat melahirkan bakal pimpinan yang cemerlang di setiap bidang. Persoalan biasiswa dan sebagainya sangat tidak boleh dijadikan alasan.

5) Ditakuti ada unsur-unsur berbaur politik kerana kebanyakan pelajar aliran agama adalah terdiri dari anak-anak ahli PAS.Banyak sudah kes sebelum ini yang melibatkan PAS misalnya penarikanbalik perkapita SAR , pengambilalihan kuasa SAR oleh pihak kerajaan dan sebagainya. SAR dianggap markaz kedua bagi PAS.

6) Fikirkan balik implikasi positif dan negatif disebalik ketetapan yang dah dibuat. Kerajaan tak rugi apa jika ada pelajar yang ambil lebih 20 subjek sekalipun.Mungkin pihak kerajaan ada rancangan lain.Sekadar pendapat.Wallahu a'lam.

P/s : hanya ambil 12 subjek time SPM 2003.Tak jadi ambil lebih sebab tak cukup duit..

Saturday, May 23, 2009

-barai's team..??


1 Malaysia..rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan...

Sedikit cerita kejayaan yang berjaya dicapai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang kucintai..mungkin salah satu bentuk kebebasan yang diinginkan sebilangan kelompok yang tak paham hukum hakam agama..hidup hanya berlandaskan hawa nafsu..salah siapa sampai jadi begini..?mungkin disana ada beberapa perkara yang perlu kita fikirkan untuk tangani isu sebegini..layanz.......

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.

cerita asal

p/s : boleh jer ilangkan tatu tu..guna seterika..!!

Sunday, May 17, 2009

-warkah 16 mei

Selawat dan salam buat junjungan besar guru teragung, Rasulullah saw pemimpin dan tauladan terbaik buat seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Pendidik berjiwa besar yang diutuskan tuhan bagi memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah swt.

Salam dedikasi buat yahanda dan bonda tercinta, guru terbaik yang telah mendidikku sedari kecil hingga aku mengenal apa erti susah payah ibu mengandung serta ayahanda yang tidak pernah kenal erti peluh sepanjang kedewasaanku.

Salam sayang buat guru-guru yang telah mendidikku semenjak di awal persekolahanku sehingga aku disini bersama pipmpinan ulama yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu sehingga aku mengenal siapa diriku dan tujuan penghidupanku. kalian ibarat matahari yang sanggup membakar diri demi menyinari penduduk alam.

Guru-guru merupakan pendidik yang mewarisi amanah dari Rasulullah saw yang mesti dihormati oleh golongan penuntut ilmu. Penuntut ilmu juga merupakan amanah dari Rasulullah saw kepada guru untuk memberi didikan terbaik kepada mereka.

Para penuntut ilmu itu merupakan titipan atau amanah Rasulullah saw disisi seorang guru. Mereka itu datang dari seluruh pelusuk daerah untuk menyerah diri dihadapan seorang guru. Mereka siap menerima apa yang akan disampaikan oleh seorang guru. Mereka umpama kertas putih dan bersedia menerima apa yang akan dituliskan oleh seorang guru.

Mafhum hadith riwayat Tirmizi dan Ibn Majah :

daripada Abu Harun Al-Abdi (r) berkata ; kami sering datang menemui Abu Said Al Khudri (r), lalu beliau berkata : selamat datang dengan wasiat/titipan Rasulullah saw, kerana sesungguhnya baginda Rasulullah saw bersabda bagi kami ; sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya mereka akan datang menemui kamu dari seluruh penjuru dunia. Mereka datang untuk menuntut ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang maka wasiatku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik.

Maka tanggungjawab guru lah untuk mengisi dada mereka dengan ilmu yang benar, ilmu yang bermanfaat, ilmu-ilmu yang diwarisi dari para ulama silam turun temurun sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Maka jangan sampai seorang guru itu mengajarkan kepada mereka ilmu yang bertentangan dengan syariat Islam, berlainan dari ilmu yang mereka warisi dari ulama terdahulu sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Dan jangan sampai ulama itu membina anak muridnya untuk memenuhi keperluan peribadinya atau untuk tujuan yang bukan menuntut keredhaan Allah swt.

Disinilah letaknya ujian kepada seorang guru. Maka apabila ia sentiasa ingat bahawa muridnya itu amanah Rasulullah saw yang ada disisinya maka ia mesti berhati-hati dalam mendidik mereka, supaya mereka benar-benar akan jadi ulama pewaris nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah swt dan untuk mencapai keredhaanNya.

p/s : tuntutlah ilmu walau ke negeri China.

Monday, May 11, 2009

-alhamdulillah..

Maha suci tuhan yg maha bijaksana mengatur perjalanan hidup setiap hambaNYA.

Kemenangan pakatan rakyat di Perak menzahirkan keangkuhan be-end dan amno yang makin terserlah di mata rakyat.

Mereka merancang dan ALLAH jua merancang tetapi rancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.

Jangan gopoh menikmati kemenangan kecil yang hanya seketika cuma. Bersabarlah dan teruskan berjuang.

Perjalanan semakin hampir.Ada kemenangan besar menanti dipenghujungnya.

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..WALILLA HILHAMD..

Saturday, May 9, 2009

-berat mata memandang

Isu rampasan kuasa di perak menimbulkan seribu satu kekesalan dan kekecewaan dikalangan rakyat Malaysia terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. Sememangnya segala gerak kerja jahat itu sudah lama dirangka bagi 'menjahanamkan' pimpinan pakatan rakyat. Kelihatan lebih menjadi-jadi semenjak kekalahan di Permatang Pauh dan badi kekalahan tersebut mengundang kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai. Juga semakin menggila semenjak pertukaran pucuk pmpinan kuku besi dari parti yang sama.

Penangkapan beberapa pimpinan PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menggugat semangat para pendokong khasnya dan penyokong amnya dalam perjuangan menegakkan keBENARan. Kecundang di Perak bukan suatu kekalahan bahkan merupakan titik permulaan untuk kita kembali menjana roh semangat jihad memperjuangkan keADILan. Juga merupakan sebahagian ujian kecil yang ALLAH turunkan buat menguji sejauh mana keiklasan kita untuk membela ISLAM yang tercinta.

Perjuangan menegakkan ISLAM memerlukan pengorbanan yang penuh dari semua pihak. Tidak tertumpu kepada yang hanya berada di tanah air tetapi amanah ini turut terpikul kepada semua tidak kira rakyat Malaysia yang berada di benua mana sekalipun. Pengorbanan para pendokong dan penyokong amat diperlukan kerana ia perlu dilakukan secara amal jamai'e. Sesuai dengan seruan pimpinan PMRAM (Mesir) iaitu SATU FIKRAH SATU AMAL yang mengharapkan kita dapat bersatu dibawah satu landasan yang jelas dasar kefahamannya.

Bersatulah wahai saudaraku..dengan semangat dan roh kebenaran..hancurkan segala apa yang menimbulkan perpecahan. Sesungguhnya Allah akan pertahankan orang-orang yang beriman dari kezaliman kerana Allah tidak suka kepada pengkhianat Allah dan RasulNya dan khianat terhadap amanah sesama manusia. Mereka menganiaya golongan yang lemah dengan kuasa yang ada pada mereka dengan pebagai bentuk penindasan dan kekejaman. Bersabarlah untuk mempertahankan diri dan agama Allah, pasti turun izin Allah untuk menentang kezaliman.

Sebagai salah seorang penuntut ilmu Allah di bumi anbiya', seruan untuk diriku jua para teman, kita perlu bersabar dengan segala ujian yang berlaku. Memang berat mata kita memandang tetapi berat lagi bahu mereka yang memikul amanah dan ditimpa ujian. Teruskan mendalami ilmu, persiapkan diri dengan segala bekal kerana kita kan mewarisi tempat mereka. Anggaplah ia sebagai tetamu yang pasti tandang mengundang, suatu medan yang akan kita tempuhi bagi meneruskan kesinambungan perjuangan warisan baginda Rasulullah S.A.W

Wednesday, May 6, 2009

-kata mereka

-Pelbagai spekulasi timbul mengenai senario politik tanah air khususnya di Perak.. Di samping mengadap kitab mempersiapkan diri menghadapi imtihan yang bakal tiba, jangan kita lupa pada mereka yang sedang berjuang mempertahankan kebenaran dan keadilan..Bukan sekarang tugas kita untuk menggantikan pejuang kebenaran di tanah air bahkan sekarang merupakan masa untuk kita mempersiapkan bekalan untuk terjun ke dalam masyarakat apabila pulang kelak..

-dunia politik amat mencabar..hanya akal yang waras dapat berfikir dengan bijak cara menghadapinya..susah dan payah jika berbicara politik..tetapi ia perlu kerana berkaitan dengan sensitiviti..lebih-lebih lagi soal perjuangan menegakkan keBENARan dan keADILan..apatah lagi perjuangan menobatkan ISLAM sebagai perundangan utama yang lebih aula diperjuangkan..

-sedikit coretan mengenai politik tanah air..

+%$*@ TAIPINGMALI *&^%$#@
Siapa dalang yang membawa kepada kegilaan penyokong Pas untuk menunjukkan sifat berani berjuang dan sanggup mati kerana mempertahankan pemimpin mereka. Jawapannya ialah Nik Aziz. Nik Aziz telah berjaya menghasut pengikut Pas supaya berjihad menentang kerajaan yang ada dan menjanjikan syurga kepada mereka melalui jihad dan mati syahid.

*&^%$ ABANGTUAH &^*(%)

KUALA LUMPUR 6 Mei - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Jalan Pahang di sini, bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu majlis solat hajat anjuran parti itu di Manjoi, Ipoh, esok.

*&^%$ PERAKBANGKIT &^*(%
Maka tibalah masanya untuk pihak berkuasa berkerja dengan lebih tersusun dan rapi. Maka sesiapa yang datang ke Perak bertujuan untuk bikin huru-hara wajarlah ditangkap. Rakyat Perak menolak para penghasut tersebut.

Kepada orang luar Perak... Sila balik dan berambus!!! Jangan cuba nak hina dan derhaka kepada Sultan kami. Berambus sekarang!!!!! Atau... kamu semua akan ditangkap pihak berkuasa!!!!


*&^%$ PEJUANGBANGSA &*^(%$
Ini lah wajah pemimpin mereka yang sanggup melaga-lagakan bangsanya sendiri dan suka berlaku huru hara dalam negara. Tangkap kepala geng mereka ini merupakan langkah yang tepat dan bijak sebelum ketua mereka ni turun pada esok harinya .Tindakan agresif dan pantas oleh polis dilihat perlu bagi mengekang sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam berhubung keputusan Kerajaan Negeri Perak baru yang bakal melangsungkan Persidangan DUN pertamanya esok.
Aku ingat tujuan mat sabu buat semua ini merupakan ada agenda untuk beliau menonjolkan diri sebagai hero PAS di mata ahli PAS supaya memilihnya sebagai calon Timbalan Presiden PAS.


*&^%$ PARPUKARI *&^_$
Dr Zamry mewakili suara 29 ahli dewan yang mewakili suara umat islam, 2 bukan islam, berbanding pihak nizar yang mewakili 7 ahli dewan umat islam, 21 bukan islam, jika kita mengaku diri kita umat islam adalah wajib dan tangungjawap kita menyokong dan mendoakan kerajaan pimpinan Dr Zamry terus menerajui negeri perak.

Marilah kita melakukan solat hajat, berdoa kepada allah swt, kerana ini adalah tugas kita bersama, jika di runtuhkan kerajaan ini, maknanya runtuh lah kerajaan islam Perak.


p/s : ada dikalangan kalian yang nak menjawab? hmm..jawablah dengan hati yang BERSIH..(aku tak jawab sebab malas nak layan..)korang jawablah..

Sunday, May 3, 2009

-istiqamah perjuangan

* hidup ibarat roda.Terkadang diatas, terkadang dibawah. Perlu diteruskan demi menyampai risalah dakwah mengikut rencana tuhan.

* didunia merupakan medan perjuangan untuk merebut kemenangan hakiki. Rebah bangun meniti ujian adalah lumrah. Semangat perlu tekad hampiri kejayaan.

* kalah menang didunia bukan ukuran. Andai berjuang kerana Allah, sudah termaktub kemenangan sebenar seperti yang dijanjikan.

* liku perjuangan sangat panjang.Rancang strategi, nilai iman dalam diri. Kita ada kerja yang lebih banyak berbanding masa. Kejayaan masih sempat ditempa.

* sesekali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang kearah cita-cita itu. Jangan sesekali mengaku kalah dengannya.

Bermohonlah, moga Dia akan kabulkan

mr-wan : cari mood study..!

Saturday, May 2, 2009

-mana kenderaanku??

Teringat antara kalam awal yang dinukilkan oleh seorang murabbi yang tidak asing dalam dunia perjuangan islam khususnya di Malaysia kini.Beliau dibesarkan dengan bimbingan seorang ulama besar.Beliau patut dijadikan idola remaja hari ini.
Kalam yang dimaksudkan adalah yang berkaitan dengan etika seorg pejuang Islam yang sebenar.

Antara tuntutannya adalah:


-anda dilihat sebagai penyatu umat,bukan penyatu kumpulan apatah lagi pemecah belah.

Manusia dilahirkan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah.Tangan-tangan manusia yang akan mencorakkan aman atau merananya hidupan di muka bumi ini.

-maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

Kenapa?

Hanya dijalan Allah,umat dapat bersatu..
Hanya dijalan Allah, kita dapat mengenal hakikat diri..
Hanya dijalan Allah, ada Allah untuk memberitahu dan memberi petunjuk..
Hanya dijalan Allah, adalah kehendak Allah..

Anda tidak layak jadi pejuang Pas (atau apa-apa kumpulan) sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.

Islam adalah jalan. Maka yang mana satukah kenderaannya?Hanya satu kenderaan yang dibenarkan dijalan ini iaitu yang dipandu oleh khalifah yang dibai'ah..

-Ertinya, pastikan jalan dahulu, sebelum naik kenderaan.

Lihat dunia hari ini, makin banyak kenderaan yang nak berlumba dijalan ini. Mustahil,kerana hanya satu kenderaan yang dibenarkan lalu. Kenderaan besar belum datang,yang mana kita nak naik buat masa ini?

Jika salah naik..

*kita akan gembira ketika umat tidak gembira..
*kita akan langgar kenderaan lain kerana menyangka itu jalan kita yang punya..
*kita akan dibenci kerana sifat kikir itu, kita pula membalas dengan turut membenci..

-maka, bukalah pintu diri..
-jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam..

mr-wan : aku ingat..aku faham..aku kaji..aku smpaikan..