
Penangkapan beberapa pimpinan PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menggugat semangat para pendokong khasnya dan penyokong amnya dalam perjuangan menegakkan keBENARan. Kecundang di Perak bukan suatu kekalahan bahkan merupakan titik permulaan untuk kita kembali menjana roh semangat jihad memperjuangkan keADILan. Juga merupakan sebahagian ujian kecil yang ALLAH turunkan buat menguji sejauh mana keiklasan kita untuk membela ISLAM yang tercinta.
Perjuangan menegakkan ISLAM memerlukan pengorbanan yang penuh dari semua pihak. Tidak tertumpu kepada yang hanya berada di tanah air tetapi amanah ini turut terpikul kepada semua tidak kira rakyat Malaysia yang berada di benua mana sekalipun. Pengorbanan para pendokong dan penyokong amat diperlukan kerana ia perlu dilakukan secara amal jamai'e. Sesuai dengan seruan pimpinan PMRAM (Mesir) iaitu SATU FIKRAH SATU AMAL yang mengharapkan kita dapat bersatu dibawah satu landasan yang jelas dasar kefahamannya.
Bersatulah wahai saudaraku..dengan semangat dan roh kebenaran..hancurkan segala apa yang menimbulkan perpecahan. Sesungguhnya Allah akan pertahankan orang-orang yang beriman dari kezaliman kerana Allah tidak suka kepada pengkhianat Allah dan RasulNya dan khianat terhadap amanah sesama manusia. Mereka menganiaya golongan yang lemah dengan kuasa yang ada pada mereka dengan pebagai bentuk penindasan dan kekejaman. Bersabarlah untuk mempertahankan diri dan agama Allah, pasti turun izin Allah untuk menentang kezaliman.
Sebagai salah seorang penuntut ilmu Allah di bumi anbiya', seruan untuk diriku jua para teman, kita perlu bersabar dengan segala ujian yang berlaku. Memang berat mata kita memandang tetapi berat lagi bahu mereka yang memikul amanah dan ditimpa ujian. Teruskan mendalami ilmu, persiapkan diri dengan segala bekal kerana kita kan mewarisi tempat mereka. Anggaplah ia sebagai tetamu yang pasti tandang mengundang, suatu medan yang akan kita tempuhi bagi meneruskan kesinambungan perjuangan warisan baginda Rasulullah S.A.W
No comments:
Post a Comment