iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Sunday, May 17, 2009

-warkah 16 mei

Selawat dan salam buat junjungan besar guru teragung, Rasulullah saw pemimpin dan tauladan terbaik buat seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Pendidik berjiwa besar yang diutuskan tuhan bagi memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah swt.

Salam dedikasi buat yahanda dan bonda tercinta, guru terbaik yang telah mendidikku sedari kecil hingga aku mengenal apa erti susah payah ibu mengandung serta ayahanda yang tidak pernah kenal erti peluh sepanjang kedewasaanku.

Salam sayang buat guru-guru yang telah mendidikku semenjak di awal persekolahanku sehingga aku disini bersama pipmpinan ulama yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu sehingga aku mengenal siapa diriku dan tujuan penghidupanku. kalian ibarat matahari yang sanggup membakar diri demi menyinari penduduk alam.

Guru-guru merupakan pendidik yang mewarisi amanah dari Rasulullah saw yang mesti dihormati oleh golongan penuntut ilmu. Penuntut ilmu juga merupakan amanah dari Rasulullah saw kepada guru untuk memberi didikan terbaik kepada mereka.

Para penuntut ilmu itu merupakan titipan atau amanah Rasulullah saw disisi seorang guru. Mereka itu datang dari seluruh pelusuk daerah untuk menyerah diri dihadapan seorang guru. Mereka siap menerima apa yang akan disampaikan oleh seorang guru. Mereka umpama kertas putih dan bersedia menerima apa yang akan dituliskan oleh seorang guru.

Mafhum hadith riwayat Tirmizi dan Ibn Majah :

daripada Abu Harun Al-Abdi (r) berkata ; kami sering datang menemui Abu Said Al Khudri (r), lalu beliau berkata : selamat datang dengan wasiat/titipan Rasulullah saw, kerana sesungguhnya baginda Rasulullah saw bersabda bagi kami ; sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya mereka akan datang menemui kamu dari seluruh penjuru dunia. Mereka datang untuk menuntut ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang maka wasiatku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik.

Maka tanggungjawab guru lah untuk mengisi dada mereka dengan ilmu yang benar, ilmu yang bermanfaat, ilmu-ilmu yang diwarisi dari para ulama silam turun temurun sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Maka jangan sampai seorang guru itu mengajarkan kepada mereka ilmu yang bertentangan dengan syariat Islam, berlainan dari ilmu yang mereka warisi dari ulama terdahulu sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Dan jangan sampai ulama itu membina anak muridnya untuk memenuhi keperluan peribadinya atau untuk tujuan yang bukan menuntut keredhaan Allah swt.

Disinilah letaknya ujian kepada seorang guru. Maka apabila ia sentiasa ingat bahawa muridnya itu amanah Rasulullah saw yang ada disisinya maka ia mesti berhati-hati dalam mendidik mereka, supaya mereka benar-benar akan jadi ulama pewaris nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah swt dan untuk mencapai keredhaanNya.

p/s : tuntutlah ilmu walau ke negeri China.

No comments: