iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Saturday, June 13, 2009

-mualif maza ya'ni intiami lil Islam

Innalillahi Wa inna ilaihi raji'un..al-fatihah..

Pemergian seorang mujahid agung yang banyak sumbangan dalam dunia Islam, Syeikh Fathi Yakan sukar dicari ganti. Moga Allah menempatkan beliau besertaa para awliya', syuhada' dan para solihin bersama rasul junjungan mulia sayyidil mursalin sallallahu alaihi wasallam.

Seorang pendakwah Islam, ketua Jabhah Amal Islami menghembuskan nafas terakhir ketika mencapai umur 76 tahun. Menulis pelbagai kitab yang masyhur antaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan sebagainya melebihi 35 buah kitab.

Perjuangan Islam itu berterusan hingga Qiamat. Pejuang-pejuang agama Allah akan sentiasa lahir disetiap kematian para syuhada'. Tempat para syuhada telah dijanjikan Allah. Pasti gembira mereka bersama para bidadari yang siap menanti. Tempat kita dimana..?

Ramai ulama' dan para mujahid gugur disaat maruah Islam dirobek. Berakhirnya kehidupan mereka bukan menandakan tamatnya perjuangan Islam, bahkan sebagai titik permulaan untuk kita pula yang terus menyambung perjuangan mereka.

Dunia menyaksikan kerakusan musuh-musuh Allah meratah maruah agama Allah, tiada yang berani menentang hingga ada yang sanggup menggadai agama sendiri untuk bersama musuh demi menjaga 'poket sendiri'. Keinginan untuk hidup lebih lama dimuka bumi dan menikmati kemewahan hidup mengatasi kerinduan syahid di jalan Allah.

Di Malaysia khususnya, siapa pengganti Hassan al-Banna..?di mana pengganti Abdullah Azzam..?mana klon Osama..? ramai yang mendabik dada konon mencontohi perjuangan mereka tanpa sedar sudah lari dari manhaj sebenar.

Perjuangan ulama' dipertikai. Kata-kata ulama yang konon mengaku ulama' diambil untuk menyesuaikan dengan kehendak hawa nafsu. Ulama' yang ada plak membisu seribu bahasa. Tahu hukum, tapi tak tahu nak guna. Baik tak payah belajar.

Kematian para ulama', sebagai semboyan kepada kita selaku pencinta ilmu untuk terus meneroka dan menggali ilmu. Allah mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama'. Ulama' semakin berkurang, penyangak semakin berleluasa. Tanpa ulama', dunia pasti kacau bilau kerana dikuasai penguasa yang jahil.

Tuntulah ilmu selagi hayat ada.

No comments: