iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Saturday, April 18, 2009

-lama sudah teruji..

Sekian lama tidak menulis.Tiada apa kaitan pada tajuk.Sekadar merasakan diri kita yang sering diuji.Ujian yang berat.Tetapi bukan alasan lama tidak menulis.Bahkan kerana kekeringan idea.Sudah kekeringan ditimpa malas.Malas..malas..malas..ish..

Bukan malas dalam erti kata yang sebenar.Malas nak melayan karenah orang kita sekarang.Banyak isu-isu dan perkara pelik yang berlaku terpampang dihadapan kita. Sesuai dengan keadaan umat diakhir zaman.

Setelah lama malas,maka terasalah diri seolah terpanggil menjawab segala permasalahan yang timbul walaupun tanpa diminta. Jika tidak, sepertinya ingin melarikan diri dari realiti. "Jawabla..jawab..jangan berdiam diri.."Lagi pulak yang berkaitan dengan hukum hakam agama.Disamping nak melatih diri menjawab segala persoalan.Manakan tidak, aku pun mahu kepangkuan masyarakat.

Melihat pada apa yang berlaku hari ini, tiada kedengaran pun suara lantang yang berani mempertikaikan setiap apa yang berlaku dari segi kesalahannya.Bukan hendak mencari salah sesiapa dan bukan jugak nak menuding jari pada orang lain bahkan sebagai rasa bertanggungjawab. Persoalan agama misalnya, sudah timbul isu-isu yang dianggap besar yang berkaitan perkara furu' dalam agama. Mengapa dipertikaikan perbezaan pendapat dikalangan ulama' silam??adakah masalah-masalah yang berkaitan usul dalam agama telahpun kita selesaikan??Khususnya yang berkaitan aqidah yang adalah terlebih wajar kita dahului untuk dibahaskan.

Persoalan politik yang semakain huru-hara.Angkara siapa??Politik dipermainkan sewenangnya sehingga melambatkan kemenangan ISLAM.Politik hancur.Setiap bangsa saling bersengketa yang membawa kepada kehancuran negara.Sekali lagi membantutkan segala apa yang telah dirancang oleh tentera ALLAH demi melihat keizzahan ISLAM dari aspek pengamalan penganutnya sendiri.

Saya bukan orang yang alim dalam ilmu agama.Bukan pula orang politik.Orang kaya pun bukan.Tetapi saya adalah seorang yang ingin diberkati akan kehidupan didunia dan akhirat dengan mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari.

Doakan daku.

No comments: