iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Monday, April 20, 2009

-mari menari..???

Tarian yang telah diadakan pada malam penutup festival asian baru-baru ini telah menjadi suatu isu besar yang heboh diperkatakan di sana sini. Pelbagai mulut mempersoalkan kewajaran tarian tersebut. Program sebegini pasti melibatkan pihak atau badan -badan kerajaan mahupun NGO yang mana disana sudah tentu ada perbezaan ketara antara pro dan kontra yang turut melibatkan fahaman politik masing-masing.

Lantaran isu tersebut timbul pertikaian dikalangan mahasiswa khususnya mahasiswa al-azhar sendiri Ada yang sanggup mempertikai hukum yang telah dikeluarkan berkaitan tarian tersebut. Secara jelas para penari menari dihadapan penonton yang asyik menyaksikan persembahan, sudah pasti tiada unsur-unsur yang membawa penonton kepada mengingati ALLAH s.w.t. (Mungkin jua ada yang berzikir tanpa menghiraukan persembahan yang dihidangkan tersebut hingga selesai)- boleh percaya ke..??

Terbaca suatu komentar yang dikeluarkan oleh mantan presiden PMRAM, beliau kemudiannya telah diminta untuk kemukakan bukti-bukti dan dalil secara lengkap serta menyatakan unsur-unsur yang menafikan keharusannya. Jika cukup segala bukti dan dalil yang dinyatakan,maka ianya akan diterima pakai dan begitulah sebaliknya.
(dangkalnya budak nih...!! )

Sepertinya kelihatan seorang yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah. Adakah beliau sudah lengkap dengan dalil-dalil yang jelas tentang persoalan aqidah beliau? Adakah sudah betul-betul terpatri imannya andai ditanya tentang TUHAN? Bagaimana dengan solatnya? Adakah segala rukun solat beliau telah sempurna dan bertepatan dengan kehendak ALLAH s.w.t yang mewajibkan solat ke atas kita semua? Adakah dalil-dalil tentang qiam,rukuk,sujud dan rukun-rukun solat yang lain sudah jelas pada beliau? Jika ya, maka perdalami dan hayatilah akan hakikat kewajipan tersebut dan jika sebaliknya, dahuluilah mana yang lebih utama. Itu lebih baik.

Mafhum firman ALLAH s.w.t :

" Janganlah kamu mencampur adukkan perkara kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu menyembunyikan kebenaran itu sedangkan kamu mengetahuinya.." al-baqarah : 42

" Sesunguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu beberapa ayat (tanda) yang jelas dan tiadalah yang menyangkalnya melainkan orang-orang yang fasiq.." al-baqarah : 99

Pelbagai ragam mahasiswa yang dapat dilihat berdasarkan senario yang berlaku. Ada yang sanggup mempertikaikan hukum yang telah jelas pensabitannya apatah lagi ianya dikeluarkan oelah seorang yang tinggi pengetahuannya dalam ilmu usul fiqh. Pertikaian terhadap seseorang yang diakui akan kewibawaannya dalam bidang ilmu sudah menjadi suatu 'trend' bagi sesetengah golongan bijak pandai masa kini.

Teringat suatu ketika di awal permusafiran bumi anbiya' ini, seorang kanak-kanak berbangsa arab yang berumur lingkungan 10-12 tahun dan sudah menghafaz Al-Quran mempertikaikan kewibawaan seorang mufti di negaranya sendiri. Dr Ali Jum'ah yang dikagumi kelimuan beliau dikatakan bahawa kebanyakan fatwa yang dikeluarkannya adalah salah dan tidak bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah.

Nah, siap yang berani berbicara sedemikian?? Si budak kecil pun sudah berani mempertikaikan ulama besar. Mungkin kerana merasakan diri sudah dilengkapi dengan ilmu. Maka beringatlah wahai yang bernama penuntut ilmu, ikutlah resmi padi yang semkain tunduk apabila berisi. Bagi yang punya kemantapan ilmu, jangan teralu cepat melenting dan melatah. Selesaikan sesutu perkara itu dengan penuh bijaksana.

mr-wan : ilmu belum cukup lagi...

No comments: