iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Saturday, October 31, 2009

-kutub sittah


Lamanya tak update blog.Maklumlah takde pc@laptop peribdi.Selalu ke cyber cafe (cc) pon jenguk2 blog orang sampi tak sempat nak update blog sendiri.(selalu pergi cc sebab nk call fmily jer..:p )alhamdulillah hari ini ada kesempatan untuk menekan butir2 huruf pada keyboard ni.

Teringat cerita kutub sittah.Saya adalah diantara pelajar yang ditolak pendaftaran untuk menyertai majlis pembacaan kutub sittah pada awalnya kerana terlewat mendaftar.Namun bernasib baik kerana ada ahli yang menarik diri pada saat2 akhir.Alhamdulillah dapat bersama2 para masyayeikh yang sangat2 dikagumi keilmuan mereka.

Terasa beruntung dan bersyukur sangat dapat berada dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap malaikat.Hanya sedikit terkilan bercampur sedih kerana majlis tidak dapat dibuat ditempat yang telah dirancang sebelum ini walaupun untuk majlis penutup dek kerana ada halangan2 yang tidak dapat diatasi dari awal.

Kagum dengan para masyayeikh ni.Rasa malu pun ada.Sanggup datang dari jauh semata2 mencurah ilmu.Ada yang sangggup tinggalkan kerja kerana nak bersama dengan penuntut ilmu.Keikhlasan yang ditunjukkan para masyayeikh pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa sanubari para penuntut yang dahagakan ilmu dari ulama.

Walaupun banyak halangan yang ditempuhi pihak penganjur,namun ianya banyak mengajar erti pengorbanan dalam perjuangan.Saya bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini akan tetapi turut terkesan dengan pahit maung yang menimpa pihak pengajur atas dasar ukhwah islamiah yang dilaungkan PMRAM.

Moga2 segala ujian yang dihadapi dalam memperjuangkan agama Allah akan terus mematangkan jiwa2 kita selaku pendokong Islam yang akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Ya Allah..Tetapkanlah hatiku..Moga aku tergolong dalam golongan yang menyintai ulama'..

No comments: