iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Saturday, October 31, 2009

-kunci pintu MB berkarat??


Salam coretan pena pada kali ini….saban tahun kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang terjadi di sekitar Bkan,DPM mahupun PMRAM sendiri.Ada yang telah pun menemui jalan penyelesaiannya,ada yang masih mencari-cari apakah cara terbaik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.Apa pun yang ditemui,pastikan jalan yang terbaik berada di titik noktahnya.Dalam kesibukan kita mencari penyelesaian yang dihadapi, terkadang kita terlupa untuk berhadapan dengan masalah yang dikira terpenting dalam diri mahasiswa/wi.Pernahkah kita terfikir tentang hati kita yang lesu dan malas untuk duduk bersama sahabat-sahabat yang lain dalam MUZAKARAH BERKELOMPOK?Pernahkah kita terfikir kita tidak layak digelar sebagai mahasiswa/wi zaman kini?Jawapan ada di tangan sahabat semua...

Kelesuan dan kemandoman kita untuk memberi komitmen dalam MB adalah sikap orang-orang yang jahil dan cetek dalam ilmu.Sedar tidak sedar inilah hakikat yang berlaku dalam diri kebanyakan mahasiswa/wi hari ini.Sepatutnya jika kita pemegang gelaran mahasiswa/wi yang belajar di gedung ilmu,masalah ini tidak akan timbul.Sekiranya dalam MB ada kekurangan yang perlu diperbaiki,kitalah yang selayaknya untuk menjadikan MB kita adalah yang paling best di peringkat BKAN mahupun DPM.Masalah yang timbul apabila ahli MB tidak mahu berbincang bersama fasilatator masing-masing tentang hal ini.Dengan tindakan yang kurang bijak terus memilh jalan untuk memboikot MB yang telah diberikan.Ini suatu tindakan yang merugikan diri kita malahan kepada Islam sendiri.

Sedari sahabat-sahabat...ruginya suatu perkara yang terjadi tersebut kadang-kadang disebabkan oleh tangan kita sendiri.Meletakkan ego dan perasaan di hadapan ilmu serta akal akan membuahkan hasil yang membahanakan.Kita sering mencari kesalahan orang lain tentang perkara ini,kononnya fasilatator dan kawan-kawan sekeliling yang bersalah tanpa memuhasabah tentang kesalahan diri sendiri.Pepatah pernah menyebut :1 JARI YANG MENUDING KEPADA ORANG LAIN AKAN ADA 4 JARI LAGI YANG MENUDING KE ARAHNYA.Pandai dan bijak berkata semata-mata tidak berguna tanpa ada sumbangan dalam gerak kerja dan tindakan.Sahabat-sahabat yang budiman….lari dan meninggalkan MB yang telah dirangka agendanya setiap minggu tersebut akan menjadikan diri kita kosong dan kontang dengan ilmu bersama para masyarakat.

Sikap manusia yang suka dengan perkara-perkara yang lebih menyeronokkan di luar sana adalah menjadi adat hari ini.Yang menyedihkan lagi,apabila dirangka pertemuan setiap hari Jumaat,ada saja alasan-alasan yang berjaya dicipta untuk mengaburi mata sahabat-sahabat yang lain.Ada yang nak baca kitab lah,ada yang nak pergi telefon orang di Malaysia lah,ada yang nak hantar ahli bait pulang ke Malaysia lah,pendek kata setiap minggu ada saja alasan-alasan yang menarik dan kreatif dihidangkan.Kalau alasan tersebut benar-benar berlaku tidak mengapa tetapi masalahnya ialah ia sengaja direka dan dicipta seolah-olah menerbitkan karya yang beredisi.Cuba duduk semeja dengan fasilatator yang ditaklifkan untuk MB kita, berbincang tentang masalah bersama umpama perbincangan anak beranak di rumah masing-masing.Dari situ akan wujudnya persefahaman yang terbaik di kalangan ahli MB.Sebagai contoh,jika hari Jumaat tidak dapat membuat pertemuan disebabkan maslah yang tidak dapat dielakkan,rancang masa dan ketika yang sesuai untuk membuat pertemuan lain untuk menjalankan MB kita.

Syabas dan alfun mabruk diucapkan kepada diri yang berjaya meletakkan jasad dan hatinya ke dalam MB pada setiap minggu dengan penuh keikhlasan hati.Moga pengorbanan yang dilaburkan akan menjadikan kita insan yang terpilih serta mendapat pujian dan limpahan rahmat dari Allah swt.Allah merakamkan dalam al-quran yang bermaksud: Kemudian hatimu menjadi keras sehingga (hatimu) seperti batu,bahkan lebih keras-Al Baqarah(74).

Hati manusia yang dahagakan peringatan dan nasihat dari orang lain akan memastikan dirinya berada di tempat yang sepatutnya.Bahkan sebagai manusia yang berfikiran waras serta terbuka akan membuka kunci pintu hatinya untuk sama-sama hadir ke dalam MB dan mengambil sebanyak mungkin daripada pertemuan tersebut.Pergolakan yang berlaku pada era dahulu dan kini adalah berkaratnya kunci pintu hati-hati sebilangan manusia untuk mahu bersama dalam MB yang dijalankan. Bayangkan sejenak….kita sebagai tuan rumah yang merancang pelbagai agenda untuk satu majlis perkahwinan tetapi para tetamu tidak sudi hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Apakah reaksi dan perasaan kita selaku tuan rumah tersebut?Hanya orang yang kurang waras akan mengatakan tak kisah dan tidak ada perasaan marah dan sedih .
Umar Abdul Aziz pernah menyebut di dalam kalamnya yang berbunyi:
Barangsiapa yang hari ini tidak berbeza dengan hari semalam,maka dia adalah orang yang tertipu dan barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia adalah manusia yang terkutuk

Persoalan yang ingin dilontarkan kepada sekelian diri pembaca….sampai bilakah kunci pintu MB kita akan berkarat?Bilakah dan bagaimana kita mahu membuka pintu hati kita untuk mengimarahkan MB yang telah lama kesepian suara kita?Menurutkan kemalasan,keegoaan,kemarahan dan pasifnya diri kita untuk MB tiada penghujungnya.Itu semua akan menjadikan kita umpama katak di dalam gelas.Mengerti dan melihat peri pentingnya MB kepada diri kita tetapi hanya berdiam diri di takuk yang lama.Pepatah Melayu sering diukirkan di bibir sahabat-sahabat..

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna….Apabila pulang ke tanah air ketika itu kita akan tahu betapa ruginya kita tidak berjaya mengutip ilmu bermasyarakat melalui MB.Ingatan pada diri kita...apabila kita ditakdirkan Allah swt suatu hari nanti, membawa orang lain untuk dipimpin seperti seorang guru memimpin tangan anak muridnya atau ayah memimpin tangan anaknya dan suami memimpin tangan isterinya...ketika itu mereka memalingkan tangan dan membodohkan kita,saat itu kita akan teringat, kita pernah melakukan sebegitu rupa kepada orang lain pada dulunya….Itu adalah janji Allah yang pasti kerana setiap perkara yang dilakukan ada balasannya.Cabar diri kita supaya tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama dilakukan.Kesilapan kita yang lalu untuk tidak hadir ke dalam MB biarkan dengan noktah akhirnya tetapi mulakan pembaharuan dalam diri dengan MEMBUKA PINTU KUNCI MB dengan kehadiran kita bersama sahabat-sahabat yang lain.Dari situ kebersamaan kita dalam mendepani pelbagai masalah akan menemui jalan penyelesaiannya secara mudah dan terancang.Akhirnya kita akan lihat bahawa kunci pintu MB yang berkarat akan bersinar kembali….

Renungkan sebuah kata-kata ini….

ENGKAU TELAH DIBERI ILMU,MAKA JANGAN ENGKAU KOTORI ILMUMU DENGAN KEGELAPAN DOSA-DOSA HINGGA ENGKAU TETAP DALAM KEGELAPAN DI SAAT PARA AHLI ILMU DITERANGI OLEH ILMU MEREKA ….(imam Syafie)

No comments: