iluvislam edu.iluvislam Pro-Tajdid Segar FOM Ads II

Wednesday, February 11, 2009

-makin mencari,makin tercari-cari

mafhum firman Allah s.w.t :

"harta benda dan anak-anak itu adalah perhiasan hidup di dunia..dan amalan soleh yang berkekalan faedahnya itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai balasan pahala dan sebaik-baik asas yang memberi harapan.. (al-kahfi : 46 )

Pencarian telah lama bermula.Belum menemui penghujungnya.Banyak liku-liku yang mencabar kesabaran dan keimanan yang perlu ditempuhi.Usaha dan doa selalu diiring setiap waktu.REDHA Allah s.w.t.Sentiasa diharapkan.

Perjuangan itu tidak semudah yang disangka.Perjuangan yang semakin dilupai oleh kebanyakan manusia.Mungkin tidak ada kepentingan bagi mereka.Tidak nampak ganjaran.

REDHA Allah perlu didamba disetiap perkara.Baik dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya.Jangan dipandang rendah pada perkara yang kecil.Sekecil-kecil perkara,jika dilakukan kerana REDHA Allah, pasti pahala dengan rahmatNYA itu tidak dapat ditandingi dengan segala apa yang ada diantara langit dan bumi.apatah lagi yang besar.

Sering kedengaran.Sanggup mengenepikan syariat yang dibawa Rasulullah s.a.w kononnya tetap akan diredhai.Mempertikaikan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah yang dianggap tidak sesuai pada zaman mutakhir.Pendapat ulama seperti yang disabdakan Rasulullah sebagai waris anbiya',lagikan ditolak.Ajaran mana yang dianuti untuk mendapat REDHA Allah tanpa acuan yang dibawa Rasulullah??Siapa yang diikuti andai semua alim ulama' dipertikai??Selalu saja mendabaik dada mengatakan diri adalah yang benar berdasarkan hujah-hujah yang lemah.Mengaku sebagai hamba Allah yang lemah,tetapi tidak mahu mendengar kalam ulama'.Bila didengari,dipertikaikan.

Semacam menyandarkan pada diri sendiri.Tetapi lebih baik begini.Sebagai muhasabah diri.Pencarian mencari REDHA Ilahi.Makin tercari-cari jika terus mencari.Perlu sentiasa berterusan dalam mengerjakan amalan kebajikan.Jangan berhenti.

Pelbagai isu sedang berlangsung ditanahair.Sosial,politik dan keagamaan sering meniti dibibir-bibir.Pasti ada pro dan kontra.Payah nak cari yang benar dan palsu.Media dan lidah akhbar hanya disatu pihak.Buatlah keputusan terbaik disamping mendalami diri dengan ilmu pengetahuan.Berpihaklah pada yang benar.Jangan sampai tersasar dari syariat Islam.Dunia hanya sementara.Wadah untuk mencari REDHA Dia.

p/s : cari..cari..carilah..!!!!

No comments: